Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Dua Penuntut Kolej Matrikulasi Lemas Di Air Terjun Berkelah


KUANTAN - Dua penuntut lelaki Kolej Matrikulasi Pahang ditemukan lemas semasa mandi di Air Terjun Berkelah di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hasan berkata mayat kedua-dua mangsa ditemukan pada 12.36 tengah hari tadi.

"Mereka dipercayai mandi di tingkat satu air terjun pada pagi ini sebelum bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.15 pagi.

"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Taman Tas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini, identiti mangsa masih tidak diketahui.

Anuar berkata, jenazah kedua-dua mangsa akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]