Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Nak Iklan Bisnes Anda, Sila Klik Menu Hubungi Di Atas

Kuantan: Bayi Sembilan Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta


KUANTAN: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut, dipercayai selepas bapanya terlupa mangsa berada dalam kereta semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemukan bapanya yang berusia 38 tahun dalam keadaan terbaring di kerusi bayi di tempat duduk belakang kereta semasa hendak keluar makan tengah hari.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik (semuanya perempuan), iaitu berusia enam dan 10 tahun dipercayai telah berada dalam kereta jenis Perodua Alza dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati bapa mangsa seharusnya menghantarnya ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 selepas menghantar isterinya ke tempat kerja berhampiran, namun terlupa untuk berbuat demikian.

"Bapa mangsa sebelum itu turut menghantar anak sulungnya ke sebuah sekolah rendah pada 7.20 pagi dan kembali ke rumah untuk mengambil isteri, anak kedua dan mangsa sebelum keluar semula pada 8.25 pagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata anak kedua mangsa juga dihantar ke sekolah yang sama dengan anak sulung pasangan itu, namun dihantar agak lewat berbanding kakaknya.

Sebaik sahaja melihat mangsa dalam keadaan lemah, bapa mangsa telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota, namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Ibu bapa mangsa merupakan penjawat awam dan bekerja di Indera Mahkota.

Mohamad Noor berkata jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan siasatan terperinci dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]