Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Nak Iklan Bisnes Anda, Sila Klik Menu Hubungi Di Atas

Peguam Negara, Tommy Thomas Hantar Surat Letak Jawatan


PUTRAJAYA - Selepas memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam LTTE minggu lalu, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas akhirnya melepaskan jawatannya.
Sumber rapat memaklumkan, surat perletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Jumaat lalu, Tommy mengemukakan 28 hujah menghentikan serta merta prosiding terhadap 12 individu termasuk dua Adun yang berdepan dengan tuduhan berkaitan pengganas LTTE.
Antara alasannya adalah tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.
Antara yang berdepan dengan pertuduhan itu ialah ADUN Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60.
Sehari selepas itu, satu petisyen atas talian yang mendesak beliau dipecat serta-merta dilancarkan susulan keputusan berkenaan.
Petisyen itu mendapat 42,000 sokongan setakat ini.
Tommy dilantik menyandang jawatan itu pada 4 Jun 2018 bagi tempoh dua tahun. Ia sepatutnya berakhir Jun depan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]