SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Anwar Gesa Muhyiddin Tangguh Aktiviti Politik Parti Bersatu


KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menangguhkan segala aktiviti politik Bersatu dan gabungannya bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada krisis Covid-19.
Dalam kenyataannya, Anwar berkata krisis yang dialami dunia ketika ini mirip krisis kewangan Asia 1997.
Sehubungan dengan itu, anggota parlimen Port Dickson berkenaan berkata keputusan yang tegas dan sukar mesti dibuat segera oleh kerajaan pada hari ini.
"Saya menggesa Perdana Menteri untuk menangguhkan segala gerak politik Bersatu dan gabungannya bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada krisis yang kini sedang menjejaskan warga.
"Kesemua petanda ini mirip kepada Krisis Kewangan Asia 1997 di mana saya memainkan peranan sebagai Menteri Kewangan mengemudi negara mendepani krisis tersebut.
"Keputusan yang tegas dan sukar mesti dibuat segera oleh kerajaan hari ini," kata Anwar. #sumber

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Back is good said...

Tak payah nasihat lah...semua orang tau. Kau tu kurantinkan diri tu 2 tahun dari bercakap pasal politik hancus dan aktiviti be...rit kau tu.

Anonymous said...

admin
tutup jer ruangan komen ni
risau ramai muflis kat akhirat nanti
sekadar peringatan

Back hole said...

Serupa menasihati diri sendiri je...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]