SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

PKR Pahang Lumpuh, Penyokong Azmin Umum Keluar Parti !


BERA: Parti Keadilan Rayat (PKR) Pahang lumpuh, apabila sebahagian besar pemimpin cabangnya yang merupakan penyokong kuat Azmin Ali bertindak keluar dari parti itu secara rasmi hari ini. 



Majlis pengisytiharan telah diadakan di Hotel Sri Bera dekat sini tengahari tadi. Umum mengetahui sebelum ini orang kanan Azmin mantan Ketua Cabang Bera, Zakaria Abd Hamid telah dipecat daripada parti. 



Sementara itu Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah pula telah menyertai Azmin dalam pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bersama UMNO dan PAS baru-baru.



Antara pimpinan kanan PKR Pahang yang dilihat hadir pada majlis itu itu Ketua Cabang Paya Besar, Al Bakri Salim; Ketua Cabang Pekan, Jefri Jaafar Tukemin; Naib Ketua Cabang Bera, P Saravanan; Ketua Cabang Rompin, Rabidin Kasmawi; Ketua Cabang Bentong, Dasimah Zainuddin, Naib Ketua Cabang Indera Mahkota; Razali Alias dan anggota Cabang Rompin, Sitarunisah.



Majlis diketuai oleh Zakaria dan dihadiri oleh Hizwan Ahmad Setiausaha Politik Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraidah Kamaruddin. 



Difahamkan kesemua pimpinan yang keluar parti hari ini akan bergerak aktif untuk membela rakyat menerusi NGO dibawah Naungan Dasar Komuniti Negara KPKT iaitu
Persatuan Kebajikan Penggerak Muafakat Pahang, di mana Zakaria sendiri adalah pengerusinya.


Sebelum ini Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Pahang, Fuziah Salleh memaklumkan enam pemimpin peringkat negeri dan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang akan dipecat berikutan tindakan mereka disifatkan sebagai 'pengkhianat' susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Dalam pada itu, MPN akan mengambil alih semua urusan pentadbiran setiap cabang terlibat sebaik sahaja keenam-enam pemimpin dipecat. #PDO

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

nan DGURUN said...

... takpa aih, hampa nak keluaq, keluaqla. Ramai lagi yang nak masuk. Perjuangan bersama buat kebajikan awam, bukannya individu. Wassalam...

Ezatulajirah said...

Keluar lah..dok dalam pun mcm api dlm sekam

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]