SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Calon Bebas Pro Rakyat PRK DUN Chini Yakin Tak Hilang Deposit


PEKAN - Calon bebas pro rakyat DUN Chini, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) sedia berhadapan pertembungan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Chini 4 Julai ini.

Beliau yang ditemui ketika mengadakan kunjungan ke Felda Chini berkata, hasratnya untuk bertanding masih kuat dan banyak isu rakyat akan diperjuangkan demi masa depan penduduk Chini.


"Saya sudah awal-awal lagi umum untuk bertanding, maka sudah pasti saya akan bertanding. Benar ada ura-ura dari berbagai pihak menyatakan saya akan menarik diri. Namun setakat hari ini saya masih berpegang kepada prinsip lawan tetap lawan," katanya.

Beliau mengadakan beberapa pertemuan dengan beberapa pengundi dan terharu dengan sokongan yang diberikan.


"Rakyat mahukan perubahan, mereka tidak mahu janji tinggal janji seperti yang diamalkan sekarang. Sudah banyak kali janji tapi tidak ditunaikan," kata Shukri.

"Saya juga yakin, tak hilang deposit pada PRK Chini...apa yang penting saya dapat angkat suara rakyat agar didengari dan diambil tindakan oleh pihak kerajaan," tambah beliau lagi.


Difahamkan BERSATU ada meletakkan calon bebas untuk bertanding kali ini, namun beliau tetap optimis rakyat akan memilih siapa yang benar-benar akan memperjuangkan isu mereka sebenarnya.

Shukri, yang pernah bertanding bebas di DUN Semambu pada PRU-13 berkata beliau tidak takut dengan kekalahan sebab sudah biasa hadapinya, cuma beliau risau andainya ada calon bebas menang lima undi macam apa yang berlaku kepada BN pada PRU-10 yang lalu. #pahangdaily

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]