SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Panas: Empat DUN Di Parlimen Pekan BN Sapu, Ahli Akar Umbi PAS "Mungkin" Beralih Arah !


PEKAN - Biar pun Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai ini, namun terdapat suara akar umbi yang mempersoalkan keputusan itu sebenarnya.

Mereka menyanggah keputusan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar yang mengumumkan partinya tidak akan meletakkan calon, seterusnya membuka jalan untuk BN mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK ini.

"Saya terkejut bila pucuk pimpinan parti membuat keputusan demikian, sepatutnya UMNO kena buka jalan muafakat dengan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di PRK Chini bukannya meletak calon mereka. UMNO BN sudah memiliki tiga dari empat kerusi DUN di Parlimen Pekan iaitu Bebar, Pulau Manis dan Peramu Jaya. Apa salahnya beri laluan kepada PAS di DUN Chini," kata beberapa penyokong PAS di Felda Chini Dua yang ditemui.


Katanya lagi, menang atau kalah di DUN Chini tidak akan merubah kerajaan negeri yang dipimpin oleh UMNO BN sebenarnya. 

"Sudahlah dalam kalangan Exco Kerajaan Negeri, mereka tidak masukkan seorang pun pemimpin PAS bagi mengimbangi dan merealisasikan kerajaan Muafakat Nasional yang dicanangkan selama ini. Akhirnya PAS jadi Pak Turut semata-mata. Patutnya berilah PAS bertanding sebagai membuktikan kesepakatan kedua-dua parti ini di Pahang," katanya lagi.

Pada PRU-14 lalu, mantan ADUN Chini Allahyarham Datuk Sri Abu Bakar Harun mengekalkan kemenangannya selepas mendapat 10,027 undi, menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendaat 5,405 undi. Calon PH pula Mohd Razali Ithnain hilang deposit selepas hanya mendapat 1,065 undi.

"UMNO hanya membuat andainya mereka menang besar bila undi PAS dicampurkan dengan undi BN pada PRU14 lalu iaitu melebihi 15,400 undi. Jika begitu kiraannya, maka anda PAS yang meletakkan calon maknanya akan mendapat jumlah yang sama. Kenapa tidak memberi laluan kepada PAS?," katanya.

Justeru, beliau dan rakannya yang sudah lama bersama PAS menganggap ini tidak adil dalam sebuah muafakat. 

"Undi adalah rahsia, jangan terkejut jika calon BN terkena Badi 5 undi seperti pada PRU10 lalu. Sebab rakyat hakim negara. Pucuk pimpinan mengarahkan, tapi ahli akar umbi yang akan memangkah undi," katanya lagi.

Di fahamkan seorang calon bebas yang merupakan aktivis dan pejuang rakyat telah menawarkan diri untuk bertanding di PRK ini. 

"Saya difahamkan, calon bebas amat lantang bersuara isu-isu rakyat di Pahang. Makanya ramai yang tertarik dengan cara pendekatan beliau. Di Chini banyak isu rakyat yang terpinggir walau pun BN berkuasa selama tiga penggal di sini. Antaranya pencerobohan hutan dan tanah, perlombongan haram, isu perahan minyak sawit, isu air, isu warga asing yang memonopoli kerja ladang Felda, isu Tasik Chini yang terpinggir dan banyak lagi,"

"Saya tidak nampak calon BN boleh perjuangkan isu ini, kerana sudah lama diberikan peluang namun isu tidak juga selesai hingga ke hari ini. Makanya pengundi melihat, pejuang rakyat itu boleh mengangkat isu yang membelenggu kehidupan mereka sejak sekian lama. Justeru, jangan sampai ahli akar undi PAS beralih arah menyokong bebas," tambah beliau lagi.

Nampaknya, perkembangan ini sesuatu yang bahaya kepada BN di PRK Chini. Jika perubahan berlaku dan bayangkan undi PAS beralih kepada calon Bebas sudah pasti kedudukannya semakin panas dan mengejutkan. #pahangdaily

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]