SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

PRK Chini: Hantar Saya Ke DUN, Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dengan Adanya Pertandingan


KUANTAN - "Jika tiada pertandingan, rakyat Chini tidak dapat manfaat seperti yang diidamkan oleh kawasan lain setiap kali ada pilihanraya kecil", kata Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli selepas mengumumkan sedia menawarkan diri untuk menjadi calon PRK DUN Chini.

Menurut Shukri, jika BN menang percuma banyak isu rakyat tak dapat diangkat seperti perumahan generasi kedua Felda, isu pencerobohan hutan, pengondolan tanah, pencemaran Tasik Chini, isu bekalan air dan warga asing (PATI) di ladang-ladang sebagainya.

"Dengan adanya PRK barulah isu ini dapat diangkat, sebab semua media arus persana memberi tumpuan ke Chini. Sebab itulah saya tawarkan diri, lagi pun PKPB sudah menghampir penghujung dan banyak aktiviti yang telah dilonggarkan oleh pihak kerajaan," kata Shukri.

Malah kata Shukri, rakyat juga akan menerima pembangunan yang berlimpah ruah daripada kerajaan pusat. Berbagai projek segera akan turun dan mereka boleh menikmatinya sebab bukan senang nak bertemu pula dengan piliharaya kecil pada masa akan datang. Inilah ganjaran dan pengorbanan yang saya lakukan demi rakyat DUN Chini.

"PRK Chini adalah platform yang sesuai untuk saya mencuba sekali lagi untuk masuk ke Sidang DUN Pahang. Saya telah mencuba pada PRU-12 Di DUN Kemayan atas tiket PKR. Pada PRU-13 saya cuba lagi di DUN Semambu atas tiket bebas. Maka sebelum PRU-15 akan datang, apa salahnya saya membuat cubaan yang ketiga di Chini," kata Shukri.

"Mantan ADUN Chini, Allahyarham Datuk Sri Abu Bakar Harun adalah sahabat saya. Bila dia datang Kuantan kami selalu minum teh di Indera Mahkota Dua. Arwah anak peneroka Felda Jengka 3, saya pula anak peneroka Jengka 7. Bahkan kami rapat sebab kami dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Jengka 2, Maran. Bezanya dia jadi peneroka tapi saya jadi aktivis rakyat," katanya lagi.

Beliau berkata, dia mahu teruskan perjuangan arwah untuk mengangkat isu-isu rakyat yang tidak sempat dibawa.

"Jika BN kalah atau menang, ia sedikit pun tidak merubah Kerajaan Negeri Pahang. Lagi pun tempoh tidak lama sebelum PRU-15 nanti. Saya faham situasi masyarakat Felda kerana saya anak peneroka. Saya mahu jadikan Chini pemangkin untuk masuk DUN kerana sudah lama saya bersuara di luar dalam memperjuangkan isu rakyat," tambah beliau.

Warga Chini harus menerima kehadiran Mohd Shukri atau dikenali juga sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) dengan hati terbuka. Ini adalah peluang untuk beliau gegarkan Dewan Undangan Negeri Pahang sebenarnya. Harus diingat, BN pernah tewas di DUN Chini dengan lima undi. Mungkin badi itu boleh melekat dihati rakyat untuk mengangkat seorang aktivis dan pejuang rakyat pula membela nasib mereka selepas ini.

Justeru, hantar beliau masuk DUN untuk tempoh berbaki dua tahun lebih sahaja penggal PRU-14 ini. PRU-15 nanti baru pilih anak tempatan untuk bertanding disitu. Kemenangan  beliau juga bukan sahaja untuk rakyat Chini khasnya, tapi untuk rakyat Pahang sendiri amnya. 

Pasti meriah DUN Pahang dengan kehadiran seorang pejuang rakyat berasal dari Pulau Tawar, Jerantut iaitu kampung kelahiran dan perjuangan Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah ini. Tidak salah pengundi Chini beri ruang kepada beliau untuk membela nasib mereka secara lebih terhormat sebenarnya.#pahangdaily


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]