SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

PRK DUN Chini: Jika Ramai Calon Bebas, CMK Mungkin Undur Diri !



KUANTAN - Seorang calon bebas mungkin menarik diri dari meneruskan hasrat bertanding di Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai ini. 

Mohd Shukri Mohd Ramli (CMK) dalam satu kenyataan hari ini mendakwa dia kurang selesa apabila dua calon bebas lain turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

"Saya hanya berminat tawarkan diri jika pertembungan satu lawan satu dengan BN. Tapi semalam saya difahamkan ada dua calon bebas lain umum nak tanding. So, dahlah pada PRU14 pembangkang hilang deposit. Ini bertembung pula empat penjuru. Memang hancur lebur lah harapan," kata Shukri.

"Saya pelik apabila ada calon Bersatu umum tanding bebas, sedangkan Bersatu adalah parti yang bersama dalam Perikatan Nasional (PH). Rakyat jadi keliru sebab PH umum tak bertanding," katanya.

"Saya akan buat kenyataan media berkenaan perkara ini. Apa pun saya akan menedengar pandangan jentera bebas pro rakyat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan," tambah beliau lagi.

Sabtu ini, Hari Penamaan Calon PRK DUN Chini. Jika tiga orang calon bebas bertembung sesama sendiri maka ia sudah pasti akan menyebabkan mereka terkena pukulan TKO daripada BN. Mungkin semua calon akan hilang wang deposit kali ini. #pahangdaily

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]