SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Chean Chung: PKR Tuntut Wakil Rakyat Keluar Parti RM10 Juta Seorang

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta seorang terhadap 20 wakil rakyat keluar parti, termasuk daripada bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin.

Bendahari PKR Lee Chean Chung, berkata ganti rugi berkenaan sudah dipersetujui mereka sekiranya keluar parti dan menggunakan kerusi mereka untuk kepentingan sendiri serta berlawanan dengan kepentingan parti.

"Parti mengarahkan peguam untuk melakukan tuntutan terhadap 20 Ahli Parlimen (MP) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan menuntut sejumlah RM10 juta daripada setiap mereka.

"Mereka perlu membayarnya dalam masa tujuh hari dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian, parti mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan bersesuaian terhadap mereka selaras dengan jumlah tuntutan itu," katanya dalam satu kenyataan itu.

Selain Azmin dan Zuraida, MP dan ADUN yang dituntut ganti rugi adalah Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota); Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak); Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal); Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) dan Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat).

Turut berhadapan tuntutan itu termasuklah Ali Biju (Saratok); Jonathan Yasin (Ranau); Dr Chong Fat Full (Pemanis); Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia); Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau); Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia); Baru Bian (Selangau); Azman Nasrudin (Lunas); Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam); Afif Bahardin (Seberang Jaya); Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh). #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]