SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Isu Jawi, Aktivis Dakwa ADUN DAP Keterlaluan Dan Wajar Menarik Balik Tindakan Mahkamah!


KUANTAN - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras dari DAP Chow Yu Hui memfailkan permohonan untuk mencabar ketetapan kerajaan Negeri Pahang untuk mewajibkan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di negeri ini amatlah keterlaluan dan tidak wajar sama sekali.

Ini kerana saranan penggunaan tulisan Jawi itu bukan sengaja di buat oleh kerajaan, tetapi ia adalah saranan dan titah yang telah dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan Sultan Pahang sendiri sebenarnya. 

Demikian ditegaskan oleh aktivis masyakarat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hari ini. 

Menurut Shukri, Yang DiPertuan Agong bertitah demikian semasa merasmikan Program Memartabatkan Penggunaan Tulisan Jawi Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 2018 yang lalu, iaitu ketika baginda masih lagi Pemangku Raja Pahang.


Penggunaan tulisan jawi, titah baginda tidak seharusnya menimbulkan polemik atau menjadi isu berbangkit kerana tulisan itu hanya melambangkan identiti orang Melayu dan Islam.

“Penggunaan tulisan jawi akan dilaksanakan tanpa menindas identiti bangsa lain dan tiada tempoh masa untuk melaksanakannya…asalkan ia terlaksana dengan sempurna di seluruh Pahang,” titah baginda.

Bagunda juga bertitah mahu penggunaan tulisan jawi diperkasakan di negeri ini bagi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir.

Selain di papan tanda jalan dan bangunan, penggunaan tulisan jawi boleh dilaksanakan pada papan tanda pejabat, agensi kerajaan dan semua pejabat pendidikan di Pahang, titah baginda lagi.

Justeru, Shukri berkata atas apa jua alasan semua rakyat Pahang adalah tertakluk kepada arahan ini. Membantah, apatah lagii cuba mengambil tindakan mahkamah srolah-olah cuba mempersendakan saranan Yang DiPertuan Agong.

"Saya berharap ADUN Tras menarik balik tindakan mahkamah yang difailkan itu, bagi menjaga keharmonian masyarakat di negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya. Tidak perlulah menjadi jaguh untuk menentang sesuatu peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan atas saranan baginda", kata Shukri.

Beliau turut menegaskan, jika ADUN Tras meneruskan tindakan ini ia bermakna beliau mencabar istana dan boleh dikenakan tindakan yang sepatutnya.

"Sebagai rakyat Pahang, beliau kena akur dan berlapang dada dalam hal ini. Saya lihat premis-premis perniagaan milik kaum Tionghua yang lain di Kuantan banyak yang akur dan menerima arahan PBT dalam isu tulisan jawi ini, maka kenapa harus ADUN Tras mencari jalan sukar untuk menimbulkan kemarahan dan emosi kepafa pihak lain dalam hal ini", tambah beliau lagi. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]