SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Dapati Bersalah Salah Satu Pertuduhan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas salah satu pertuduhan salah guna kuasa, melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Sebelum ini, Najib, 67, didakwa atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Setakat ini Mohd Nazlan masih membaca enam lagi pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]