SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Mahkamah: Polis Tegur Penyokong Najib Gagal Patuhi SOP Covid-19

KUALA LUMPUR - Polis memberi peringatan kepada orang awam yang berada di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal berlakunya penularan koronavirus (Covid-19).

Arahan itu dikeluarkan dengan menggunakan pembesar suara oleh kereta peronda polis kira-kira jam 11.05 pagi.

Ia susulan keadaan luar pekarangan mahkamah yang dikerumuni penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersama-sama mengetahui nasib bekas Perdana Menteri itu yang didakwa menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan polemik yang tidak baik ketika keadaan negara dilanda wabak Covid-19.

Polis memberi amaran kepada orang awam yang mengerumuni luar pekarangan mahkamah untuk mematuhi SOP Covid-19.
Polis memberi amaran kepada orang awam yang mengerumuni luar pekarangan mahkamah untuk mematuhi SOP Covid-19.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, beliau sentiasa mengingatkan kepada pegawai dan anggotanya untuk terus mematuhi keadaan di sekeliling mahkamah bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku.

"Peringatan disampaikan menerusi pembesar suara untuk individu terlibat mematuhi penjarakan sosial," katanya kepada Sinar Harian.

Pemerhatian Sinar Harian mendapati sebahagian besar penyokong Najib yang berkumpul di luar mahkamah bukan sahaja tidak mematuhi penjarakan sosial, malah ada antara mereka tidak memakai pelitup muka.

Hari ini adalah keputusan penghakiman terhadap Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) berjumlah RM42 juta. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]