SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Shafie Apdal Umum DUN Sabah Di Bubarkan Berkuatkuasa Hari Ini !

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini. Pembubaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media khas pagi ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), berkata permohonan pembubaran itu sudah diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pagi ini.

"Saya berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju (pembubaran DUN Sabah).

"Perakuan ini bagi membolehkan pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 60 hari.

"Kita serahkan balik mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak membentuk kerajaan negeri yang baharu. Saya yakin rakyat akan membuat keputusan yang bijak.

"Berikutan itu, cerita pasal apa saja angka dan nombor, angkat sana, angkat ini, DUN sudah terbubar," katanya.

Mohd Shafie berkata, beliau kekal sebagai Ketua Menteri sehingga selesai pilihan raya negeri dikendalikan SPR.

Krisis politik Sabah mencapai kemuncak petang semalam, apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]