SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

SPR Belum Di Maklumkan Pembubaran DUN Sabah Pagi Tadi !

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima makluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berhubung pembubaran kerajaan negeri itu pagi tadi.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, sehubungan itu pihaknya belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembubaran kerajaan Sabah.

"SPR belum mendapat kenyataan rasmi mengenai pembubaran DUN Sabah dari Speaker DUN.

"Kami tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini," katanya.

Terdahulu, media melaporkan, DUN Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media khas pagi tadi.

Mohd Shafie sebelum itu dilihat memasuki Istana Negeri sekitar jam 8.20 pagi bersama lima kenderaan dengan satu daripadanya mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan).

Semalam, Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mendakwa sudah memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]