SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

SPRM Sabah Siasat Dakwaan ADUN Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan menyiasat dakwaan kononnya terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

Pengarahnya, S.Karunanithy berkata SPRM Sabah telah menghubungi ADUN yang dipercayai terlibat, baru-baru ini.

"Hasil interaksi itu, ADUN terlibat enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku ketika ini.

"Bagaimanapun, SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terlibat," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa kononnya beberapa ADUN Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]