SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Zahid: UMNO, BN Tetap Kekal Sokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) !

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun tidak menyertai gabungan itu secara rasmi.

Pengerusi BN itu berkata, UMNO membuat keputusan tidak menyertai PN, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan parti dalam komponen BN.

"Sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pembentukan kerajaan pusat dan di beberapa negeri.

"Ini (sidang media) bukan pengumuman untuk menarik diri daripada kerajaan PN. Keputusan saya di sini adalah untuk mengumumkan bahawa kita tidak akan menyertai pembentukan PN (secara rasmi)," katanya pada sidang media di sini, hari ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]