TANGGAL 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE (PDO) YANG KE-12 TAHUN (2008-2020) | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA | JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Hina Polis, ATM: Bukit Aman Buka Dua Kertas Siasatan Wawancara Asri Janggut

 

KUALA LUMPUR - Polis membuka dua kertas siasatan berkenaan video wawancara pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut yang terdapat unsur penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Bukit Aman.

"Hasil penelitian terhadap dua video wawancara ini terdapat unsur kenyataan yang jelik serta penghinaan terhadap pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kesemua saksi yang dikenal pasti terlibat iaitu individu yang diwawancara, penganjur wacana atau wawancara serta penghasilan kedua-dua video itu akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan dilaksanakan berlandaskan undang-undang di mana tiada individu atau pun entiti yang terlepas daripada sebarang tindakan jika jelas mencabuli undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum lain.

"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam mungkin terdorong melakukan kesalahan terhadap negara atau ketenteraman awam.

"Selain itu, ia turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.

Sebelum ini, Mohd Asri, ketika mengakui kesilapannya, berjanji tidak akan menyentuh atau mengulas sebarang perkara yang berkaitan dengan dua pihak berkuasa itu pada masa depan.

Katanya, beliau juga tidak berniat membuat kenyataan yang mengguris rakyat Malaysia khususnya anggota PDRM dan ATM serta berjanji tidak mengulangi kesilapan sama. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]