Pages

Mohon Geran: Kerana Jawapan 'Gagal' Lewat, Akhirnya Rakyat Di Tuduh Menceroboh Tanah

 

KUANTAN - Kelewatan Pejabat Tanah Dan Daerah memberi jawapan 'gagal' atas permohonan geran tanah yang dikatakan 'tidak lulus' menyebabkan 'pemohon rakyat marhaen' akhirnya dituduh menceroboh atas tanah terbiar yang diteroka dengan mendapat izin pihak tertentu, kata aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini.

Beliau berkata demikian selepas siri pendedahan isu tanahnya yang mendapat perhatian orang ramai sekarang ini. Malah difahamkan, isu tersebut juga telah dikongsikan oleh netizen di laman facebook Menteri Besar Pahang 'Sahabat Tok Wan FC' sejak kelmarin. (https://m.facebook.com/groups/230694017805011?view=permalink&id=697018707839204)

Menurut Shukri yang juga merupakan Penyelaras NGO, Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) berkata, beliau hairan kenapa pejabat berkaitan begitu sukar mengeluarkan surat 'gagal' kepada pemohon dalam tempoh yang segera, mengikut SOP yang ditetapkan.

"Inilah hakikat yang berlaku sebenarnya. Rakyat mohon tanah 'sekangkang kera' untuk tapak rumah dah bercucuk tanam. Terkadang puluh tahun menunggu dengan sabar. Suruh beli borang mereka beli, suruh beli pelan mereka beli dan suruh bayar caj perkhidmatan mereka bayar. Tapi bila ditanya kelulusan, sedang di proses sampai bertahun2," katanya di laman rasmi facebook beliau. (https://www.facebook.com/cmkshukrieramly/)

Katannya, ada yang sampai 30-40 tahun tiada jawapan, sampai akhirnya pemohon menemui ajal belaka. Paling sedih, tahu-tahu tanah yang dipohon sudah menjadi milik syarikat pemaju hartanah atau perladangan. Akhirnya rakyat yang selama ini mengusahakan tanah tersebut di anggap penceroboh. Walhal ketika mereka usahakan tanah terbiar, ada hak untuk mereka mohon geran tanah. Mereka majukan tanah dengan mengusahakan projek pertanian.

"Ada yang mendirikan kediaman dan beranak pinak di situ. Dari anak kecil hingga dan bercucu, namun jawapa permohonan anfa gagal tidak dikeluarkan hinggalah pelan tanah itu dilapis oleh 'orang dalam' untuk dijual secara 'runding terus' dengan bangsa lain. Akhirnya bangsa Melayu dihalau dan merempat di bumi sendiri. Menangis anak beranak bila mengenangkan penderitaan yang dihadapi" tambah beliau.

Sementara itu dakwanya, permohonan bapa atau ibu disambung oleh anak-anak selepas kedua-duanya meninggal dunia. Namun, jawapan gagal tetap tidak muncul-muncul. Anehnya tiba-tiba pula ada pihak lain ada hak atas tanah tersebut.

"Kenapa terlalu susah 'orang dalam' pejabat tanah proses permohonan rakyat marhaen? Jawapannya mudah, sebab tiada kepentingan duniawi. Jika diberi kepada tokey-tokey dan pemaju perumahan, sekurang-kurangnya ada untung," tambahnya.

Akhirnya senario ini berlaku tanpa hentinya. Tukarlah pemerintah sekali pun, 'orang dalam' tetap akan monopoli sebab mereka tahu kegunaan tanah pada masa hadapan. Sebab itulah jika isu ini kita tak angkat dan perjuangkan, mereka semua akan hidup selesa dengan 'duit haram' yang diterima sejak sekian lama, dakwa beliau lagi.

Akibat permohonan geran tanah yang terlalu lama diproses, menyebabkan bangsa Melayu anak jati sendiri dianggap penceroboh tanah haram. Tambahan pula bila ada 'orang dalam' yang melapis pelan dan menawarkan tanah terbabit kepada pihak pemaju itu tadi.

"Senario ini banyak berlaku di negeri Pahang khasnya malah di Malaysia amnya, sejak sekian lama . Saya terpaka membongkar dan mendedahkan demi anak bangsa Melayu. Saya tidak mahu mereka terus merempat di bumi sendiri hasil kelicikan 'orang dalam' yang bersekongkol dengan pihak luar untuk mencari kemewahan hidup mereka. Sudah terlalu lama amalan ini dilakukan, dah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan," tambahnya.

Jika tidak dilakukan perubahan, nescaya orang Melayu yang mohon tanah tidak akan diluluskan kerana tiada kepentingan dan nilai komersial. Lebih baik jual kepada pihak yang ada dana untuk dibangunkan sebagai kawasan perladangan atau kediaman, mereka juga dapat untung kata Shukri lagi.

Perkara inilah yang sedang beliau bangkitkan untuk menyedarkan rakyat agar tidak terusan di tipu oleh 'orang dalam'. Bangsa Melayu sendiri menipu Melayu untuk hidup mewah selepas bersara.

"Sebab itu kita tengok, mereka yang bersara dari jabatan berkaitan tanah kaya raya sebab mereka ada banyak tanah yang dijual satu persatu selepas persaraan. Saya ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu pendedahan ini. Tiba masanya rakyat kena berani bersuara untuk pertahankan hak mereka. Sampai bila bangsa kita mahu dituduh menceroboh dalam negeri dan negara sendiri? Sedangkan warga asing yang datang menceroboh negara ini hidup mewah dan bebas menjalankan perniagaan serta kehidupan mereka di bumi tercinta ini," kaya kenyataan Shukri lagi.

Sekiranya anda mengalami kejadian seperti ini dan ada maklumat mahu disalurkan, boleh LIKE N FOLLOW page beliau di https://www.facebook.com/cmkshukrieramly/ #pahangdaily


1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Nak tanah tanam pokok durian, kumpul duit dan beli tanah!

Bukan main ceroboh2 tanah kerajaan atau tanah sesiapa pun! INI KERJA HARAM, HASILNYA NANTI HARAM, TIADA KEBERKAHAN!!!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]