SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Lapan Orang Anakanda Agong Terima Darjah Kebesaran Pahang Hari Ini

 

KUANTAN - Lapan anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ialah antara 58 penerima darjah kebesaran pada Istiadat Pengurniaan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-61 Sultan Pahang, hari ini.

Istiadat pengurniaan di Istana Abu Bakar, Pekan, dekat sini, disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Anakanda Seri Paduka, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, mendahului senarai penerima dengan pengurniaan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, bersama kekanda baginda, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Lima lagi anakanda Seri Paduka menerima darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera, iaitu Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menerima darjah kebesaran SSAP bersama 15 individu.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hasnah Mohammed Hashim; Pengarah Urusan Amara Investment Management Sdn Bhd, Datuk Johan Tazrin Hamid Ngo; Pengarah Urusan Kumpulan Bharat, Datuk Vinod Kumar Agarwal; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz; dan Pengerusi Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

Penerima SSAP lain ialah Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil; Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar; dan Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan.

Turut menerima SSAP ialah Pengarah Urusan Ri-Yaz Hotels & Resorts, Datuk Mohammed Shaheen Shah Mohd Sidek; Ketua Eksekutif Kumpulan Marmaz Group Holdings, Datuk Marajoh Unding; Pengerusi Eksekutif JRK Holdings Berhad, Datuk Kwan Aik Khai; Pengarah Jadeline Exchange Sdn Bhd, Jajakhan Kader Gani; dan Pengarah Urusan Bergamo Design (M) Sdn Bhd, K Vijayendren.

Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan darjah kebesaran SIMP kepada tiga lagi penerima, iaitu suami Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin; dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Shahnaz Murad.

Darjah kebesaran Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk pula dikurniakan kepada lapan penerima, antaranya Pengarah Gading Sari Plantation Sdn Bhd, Tengku Rizal Razak Tengku Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd Rahim Muda; Lt Kol Tengku Mohd Najirulzamal Tengku Jamaluddin; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Pasir Pahang Berhad, Lt Kol (B) Nor Hashim Abdul Aziz.

Penerima DSAP lain ialah Pakar Perunding Kardiologi Hospital Gleneagles, Dr Nik Halmey Nik Zainal Abidin; Pengerusi Eksekutif Persada Prosper Sdn Bhd, Abdul Murshidin Peer Bux; dan pengamal undang-undang, Wang Ming Way.

Seramai 17 individu pula menerima darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, termasuk empat juruiring Yang di-Pertuan Agong, iaitu daripada Tentera Laut Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim; Tentera Darat Brigedier Jeneral Zahari Mohd Ariffin; Tentera Udara Brigedier Jeneral Mohamed Zahari Yahya; dan PDRM Senior Asisten Komisioner (SAC) Yahaya Othman.

Turut menerima DIMP ialah Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Nor Hisham Mohammad; Timbalan Mufti Pahang, Abdul Zaki Md Zain; Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Roslan Mohd Yunus; Ketua Penolong Pengarah D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Rusdi Mohd Isa; juruiring Perdana Menteri, SAC Yusni Mohd Jamil; dan Pengarah Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suhana Abd Malek.

Penerima DIMP lain ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Tanah Makmur Berhad, Shahrul Nizam Abdul Aziz; Pengerusi Eksekutif Borneo Natural Stone Sdn Bhd, Mohd Ishak Ayub; Setiausaha kepada Al-Sultan Abdullah, Rosina Othman; Pengarah Urusan Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd, Shamsul Kamar Samsudin; Timbalan Pengerusi MIC Pahang, K Muniandy; Pengarah SB Logistics Sdn Bhd, Mok Chuang Kiang; dan pesara guru, Ahmad Wahid.

Selain itu, tiga penerima masing-masing dikurniakan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) dan Setia Mahkota Pahang (SMP). #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]