TANGGAL 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE (PDO) YANG KE-12 TAHUN (2008-2020) | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA | JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Muhyiddin: Penyertaan Bersatu Ke Dalam Muafakat Nasional Akan Di Muktamadkan

 

KUALA LUMPUR - Penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan besar.

“Saya percaya inilah pilihan terbaik untuk Bersatu. Kita memilih untuk berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti-parti utama di negara kita.

“Dengan terbentuknya penyatuan antara Bersatu, UMNO, PAS dan parti-parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional, sebahagian besar sokongan rakyat telah pun berada di pihak kita,” kata Muhyiddin dalam perutusan bersempena persidangan Srikandi, Armada dan Bahagian Bersatu 2020 yang berlangsung hari ini.

Perutusan tersebut dimuat naik melalui sebuah video di laman Facebook rasmi Muhyiddin hari ini.   

Pemilihan Bersatu hari ini membuka tirainya membabitkan sayap Armada, diikuti Srikandi esok manakala pemilihan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi pula akan berlangsung semasa persidangan peringkat bahagian yang dijadualkan 22 Ogos ini.

Muhyiddin yang juga pemangku pengerusi parti, menegaskan beliau sering mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan parti seperti  UMNO, PAS, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Jelasnya, beberapa persetujuan utama telah dicapai dalam pertemuan-pertemuan itu yang antara lain akan memperkukuhkan lagi kedudukan Bersatu dan parti-parti rakan yang lain dalam Perikatan Nasional.

“Insya-Allah, penyatuan dalam jemaah besar ini akan mewujudkan kestabilan politik negara yang pastinya memberikan limpahan nikmat keamanan, keharmonian dan kemakmuran kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]