SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBSA Di Reman Enam Hari Untuk Membantu Siasatan

 

PUTRAJAYA -- Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah kerana melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian di sekitar Sungai Buloh.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Rabu depan dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya petang tadi.

Pengarah berusia 59 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas diambil keterangan pada jam 10.15 pagi ini.

Suspek dibawa ke mahkamah pada jam 3.07 petang dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga.

Pagi tadi, tiga pegawai penguat kuasa MBSA turut direman enam hari untuk membantu siasatan kes menerima dan mengutip rasuah untuk melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.

Penangkapan terbaru ini menjadikan keseluruhan 10 individu telah ditahan SPRM bagi kes berkenaan melibatkan sembilan pegawai dan anggota penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]