SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

PKR Saman RM10 Juta, Haniza Yakin Tiada Tindakan Tapi Sedia Lantik Peguam

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Talha berkata dia yakin tidak ada tindakan boleh diambil terhadapnya yang didakwa berpaling tadah.

Menurut Adun Lembah Jaya itu, tuntutan terbabit juga bersifat ultra vires iaitu melangkaui bidang kuasa.

"Saya nampak tindakan tersebut seperti ultra vires yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kebebasan kepada mana-mana warganegara untuk menganggotai mana-mana pertubuhan yang berdaftar.

"Kita akan meneliti apakah saman yang dikenakan dan kita sudah bersedia dengan peguam untuk mengambil tindakan seterusnya," katanya yang dipetik oleh Bernama, hari ini.

Malah menurut Haniza, dia tidak keluar parti tetapi dipecat, selain dakwaan lompat parti adalah tidak benar kerana beliau adalah Adun Bebas.

"Sekiranya saya menganggotai pertubuhan selain PKR, itu (juga) tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan," katanya. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]