Pages

PSAP Desak Kerajaan Negeri Ambil Tindakan Pihak Bersekongkol Dan Peneroka Haram

 

KUANTAN - Persatuan Suara Anak Pahang (PSAP) mendesak kerajaan negeri Pahang untuk memastikan bukan sahaja peneroka tanah haram bahkan mereka yang bersekongkol juga dikenakan tindakan tegas.

Presidennya, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, PSAP juga mendesak agar siasatan menyeluruh terhadap orang dalam atau mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung berkaitan isu penerokaan.

"PSAP berpendapat adalah amat mustahil peneroka haram yang melibatkan puluhan ribu ekar di luar pengetahuan pihak berkenaan. Semestinya berlaku penyelewengan tanggungjawab di dalam kerajaan negeri Pahang itu sendiri.

"Bayangkan hasil hutan yang dirompak sebelum tanah yang diterokai itu dijadikan seperti kebun yang mempunyai hak milik. PSAP menekankan bahawa wajib semua masalah ini diselesaikan tanpa mengira faktor-faktor lain seperti kedudukan," katanya pada sidang akhbar Bantahan Penerokaan Tanah Haram di Taman Kerang, baru-baru ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]