SELAMAT HARI MALAYSIA BUAT SEMUA RAKYAT | 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PAHANG DAILY 12 TAHUN | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA

Remaja 14 Tahun Terpedaya 'Love Scam' Di Pahang, Rugi RM295,950 !

KUANTAN - Seorang peniaga membuat laporan polis semalam mendakwa anak lelakinya menjadi mangsa Love Scam hingga kerugian RM295,950.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, anak pengadu yang baru berusia 14 tahun berkenalan dengan seorang gadis melalui Facebook, sekitar Februari lalu.

Menurutnya, perkenalan antara anak pengadu dan suspek awalnya bermula dengan satu iklan penjualan telefon di Facebook dipercayai milik gadis yang menggunakan nama Dea Anis atau Anis Anis.

"Remaja itu tertarik dengan telefon yang diiklankan lalu menghubungi gadis berkenaan melalui nombor telefon yang disertakan pada iklan tersebut.

"Bermula dari situ, terjalin hubungan antara mereka dan anak pengadu sering menghubungi gadis tersebut untuk berbual melalui aplikasi WhatsApp dan bermain permainan video dalam talian PUBG mobile," katanya.

Mohd Wazir berkata, selepas kira-kira empat bulan berkenalan, gadis itu meminta bantuan anak pengadu untuk meminjam wang dan permintaan itu dipenuhi.

"Dalam tempoh 2 Mei hingga 20 Jun lalu, anak pengadu telah meminjamkan wang kepada gadis itu melalui 21 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank yang diberikan namun atas nama individu lain.

"Suspek berjanji akan membayar hutangnya itu namun hingga kini dia gagal berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, selepas mengentahui penipuan itu, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Brinchang, Cameron Highlands semalam.

"Polis kini sedang mengesan seorang lelaki pemilik nombor akaun yang digunakan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,"katanya. #sumber


1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Brian Günter Haugen said...

Nama..Brian Günter Haugen
Tinggal di ..... Rhine-Westphalia Utara
Profesion ...... ahli perniagaan
Jumlah pinjaman .... € 250,000
Faedah pinjaman .... 1%
Agama: Katolik
E-mel saya untuk setiap ekuire; brianhuagen101@gmail.com

Dikatakan bahawa hidup hanya dapat dinikmati sepenuhnya jika ada penderitaan dan keperitan. Saya gembira dan bersyukur kerana saya bersama Mizuho Bank, Ltd. Branch Düsseldorf menerima pinjaman sebanyak € 250,000 dalam akaun bank. Adakah anda seorang lelaki atau wanita yang telah memohon pinjaman dan telah ditolak oleh bank anda? Saya ingin memberitahu anda hari ini bahawa anda boleh mendapatkan pinjaman dari syarikat dalam talian terbaik dan anda tidak perlu mengisi banyak dokumen, mereka juga mempunyai kadar faedah 1% yang baik. Saya diperkenalkan dengan SYARIKAT PINJAMAN AASIMAHA ADILA oleh seorang rakan yang telah menerima pinjaman daripada mereka. Saya memerlukan wang tunai dan pergi ke bank saya. Mereka memberitahu saya bahawa kerana kredit buruk saya tidak layak mendapat pinjaman, dan kadar faedah bank tinggi. Saya gembira sekarang kerana dapat membina perniagaan besar impian saya. Pembayaran saya akan bermula tidak lama lagi. Berhentilah membuang masa dengan bank perdagangan dengan kadar faedah yang tinggi dan terapkan AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM untuk mendapatkan dana pinjaman anda. Mereka sangat pantas mendapatkan pinjaman yang diluluskan dan memberi kredit ke akaun anda pada hari yang sama dengan permohonan. Tidak, terlalu banyak proses dan prosedur yang terlibat, seperti halnya bank. Syarikat pinjaman tidak tahu bahawa saya berkongsi berita baik ini. Anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel.
Mohon sekarang ..... (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)
E-mel saya untuk setiap ekuire; brianhuagen101@gmail.com

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]