TANGGAL 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE (PDO) YANG KE-12 TAHUN (2008-2020) | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA | JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Sindiket Melindungi "Premis Haram", Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBSA Di Tahan SPRM

 

KUALA LUMPUR  -- Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terbabit dalam sindiket melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian di Sungai Buloh, dekat sini.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 59 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas diambil keterangan pada jam 10 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan suspek dan enggan mengulas lanjut.

Hari ini, Bernama melaporkan tiga lagi anggota penguat kuasa MBSA direman untuk membantu siasatan kes menerima rasuah untuk melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.

Sebelum ini, tular dua klip video dibuat oleh secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap premis perniagaan haram dan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]