TANGGAL 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE (PDO) YANG KE-12 TAHUN (2008-2020) | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA | JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

SPRM Siasat Pegawai, Anggota Penguatkuasa Di Syaki Terima Rasuah

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pihaknya memandang serius berhubung video tular berkaitan isu rasuah penguat kuasa melindungi gerai haram, penjualan rokok seludup dan judi.

Ahmad Khusairi berkata, beliau sudah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) , Datuk Zamri Yahya untuk bekerjasama dengan SPRM.

"Kami memandang serius berhubung isu yang ditularkan dalam dua klip video yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada pihak terbabit.

"Saya sudah hubungi Datuk Zamri, Pengarah JIPS pada pagi ini dan beliau memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perjudian termasuk pegawai yang melindungi aktiviti perjudian itu kerana kesalahan ini di bawah bidang kuasa PDRM.

"JIPS menyatakan komitmen akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM jika ada pegawai serta anggota polis terbabit dikenal pasti," katanya hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar (dua dari kiri) bersama anggota memantau sebuah pusat judi haram yang tidak beroperasi di Bandar Baru Sungai Buloh pada 9 Ogos. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar (dua dari kiri) bersama anggota memantau sebuah pusat judi haram yang tidak beroperasi di Bandar Baru Sungai Buloh pada 9 Ogos. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Ahmad Khusairi berkata, SPRM akan memberikan tumpuan kepada pegawai serta anggota penguat kuasa atas kesalahan menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menghebahkan sesuatu isu di dalam media sosial kerana ia tidak akan membantu proses siasatan.

"Ia tidak akan membantu proses siasatan, malah memberi peluang kepada pihak-pihak terbabit menghapuskan bukti serta keterangan yang ada.

"Sebaliknya, masyarakat diminta untuk menyalurkan terus maklumat kepada SPRM," katanya.

Terdahulu dua video yang diambil seorang lelaki yang dikenali 'Asri Janggut' tular di media sosial apabila mendedahkan mengenai kewujudan pusat judi haram secara dalam talian serta kedai runcit menjual rokok seludup.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Shafa'atun Abu Bakar yang mengatakan premis yang didakwa tidak wujud. Majlis Bandaraya Shah Alam turut membuat penafian.

Bagaimanapun, netizen yang mendakwa penduduk setempat menyokong dakwaan Asri Janggut dengan mengatakan premis terbabit memang wujud dan dikosongkan setelah isu berkenaan tular. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]