SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Tiga Maut, Seorang Parah Kereta Bertembung Lori Sawit Di Lipis

 

LIPIS - Dua beradik antara tiga maut, manakala seorang parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung sebuah lori membawa kelapa sawit di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Padang Tengku, di sini, petang semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 6.40 petang itu, pemandu Proton Wira, Faizul Idzafi Azmi, 34, berasal dari Ketereh, Kelantan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua penumpang belakang kereta itu, Roziah Mohamed Yusof, 22, dan abangnya, Mohamed Rozuan, 32, dari Kampung Bukit Jering, Kuala Balah, Jeli, Kelantan, turut terkorban di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki empat individu itu yang dalam perjalanan dari Kelantan menghala Kuala Lumpur, bertembung lori dari arah bertentangan.

"Setiba di tempat kejadian, lori itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung kenderaan mangsa, menyebabkan kereta terbabit remuk di bahagian depan.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu dan dua penumpang Proton Wira maut di tempat kejadian.

"Penumpang hadapan kereta, Mohd Zulhelmi Mustafa, 25, dari Kampung Gong Tok Pek, Keluang, Kampung Raja, Terengganu, parah di kepala dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori, Muhammad Zainal Abidin Mohd Noor, 29, berasal dari Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan dan kelindannya, Muhammad Shahrizal Ariffin, 18, bagaimanapun tidak cedera. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]