SELAMAT HARI MALAYSIA BUAT SEMUA RAKYAT | 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PAHANG DAILY 12 TAHUN | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA

Tohmah Polis, Tentera Tak Jaga Solat, Asri Janggut Mohon Maaf Secara Terbuka

KUALA LUMPUR - Selepas membuat tohmahan kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat semalam, pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Mohd Asri, 42, yang lebih dikenali sebagai Asri Janggut, ketika mengakui kesilapannya itu, berjanji tidak akan menyentuh atau mengulas sebarang perkara yang berkaitan dengan dua pihak berkuasa itu pada masa depan.

Katanya, beliau juga tidak berniat membuat kenyataan yang mengguris rakyat Malaysia khususnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta berjanji tidak mengulangi kesilapan sama.

"Saya, Mohd Asri Hamid dengan ini sepenuh hati, rendah diri dan sehina-hinanya memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM dan ATM atas kesilapan, kejahilan dan kebodohan saya kerana celuparnya mulut saya yang membuat satu kenyataan mengatakan kebanyakan polis malas solat.

"Saya memohon jutaan maaf kerana saya tidak jangka boleh cakap macam itu...mereka adalah pembantu negara, saya sekali lagi memohon maaf kerana Allah, maafkan atas segala kesilapan saya.

"Saya mengakui kebodohan, kesilapan saya dan reda atas apa yang berlaku, sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya PDRM dan ATM," katanya melalui rakaman video, di sini hari ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]