SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Ahmad Jazlan: UMNO Kelantan Akan Bantu PAS, Akur Dengan Agihan Kerusi PRU-15

 


KOTA BHARU - Semua pemimpin UMNO di Kelantan memberi perakuan untuk akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti berhubung agihan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang selain komited membantu calon PAS melalui semangat Muafakat Nasional.

Perkara tersebut dinyatakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang turut yakin tidak akan berlaku kes calon Bebas dalam kalangan pemimpin parti itu yang kecewa tidak terpilih sebagai calon pada PRU15 kelak.

"Kalau PRU lalu kesemua kerusi kita bertanding namun kali ini akan ada kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang UMNO tidak akan bertanding melalui konsep pengagihan kerusi bersama PAS.

"Apa yang saya jumpa ialah semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian telah menyatakan komitmen akan akur perkara itu, sebaliknya akan membantu calon PAS untuk memenangi kerusi di tempat mereka pada PRU15 nanti," katanya kepada pemberita selepas Program Merdeka Fun Ride 2020 di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di Machang, hari ini.

Seramai 250 peserta menyertai kayuhan sejauh 25 kilometer bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata keadaan sekarang juga berbeza berbanding dahulu apabila tidak ada pemimpin UMNO Kelantan yang datang merayu untuk menjadi calon.

Muafakat Nasional merupakan kerjasama di antara UMNO dan PAS yang kini turut disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]