Pages

COVID-19: Jangkitan Terbaru Positif Rekodkan 62 Kes Hari Ini, 9 Kes Pulih

 

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 62 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini, sementara 9 kes pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 62 kes baru itu membabitkan 6 kes import dan 56 kes penularan tempatan.

Jumlah kematian kekal 128 orang.

Sementara itu, 6 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 4 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 9,2459 kes Covid-19 dengan 9,124 daripadanya sembuh.

Noor Hisham berkata, sebahagian besar kes melibatkan kluster Benteng di Lahad Datu, Sabah dengan 50 kes.

“Kluster ini dikenal pasti pada 1 September melibatkan 2 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

“Dalam tempoh 7 hari, seramai 1,404 orang disaring dan 66 kes positif Covid-19 dikesan dengan kadar positiviti sebanyak 4.7%.

“Daripada 66 kes positif, 64 kes melibatkan banduan, manakala 2 lagi kes merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai perkembangan terkini kluster berkenaan, Noor Hisham berkata, seramai 631 banduan, 98 kakitangan penjara, 157 ahli keluarga kakitangan dan banduan, 78 anggota polis dan 440 pegawai agensi kerajaan disaring.

“Kluster ini melibatkan 2 daerah di Sabah, iaitu Lahad Datu dan Tawau. Daripada jumlah kes positif kluster ini, 30 kes merupakan warganegara Malaysia dan 36 kes bukan warganegara.”

Noor Hisham berkata, berdasarkan analisis risiko yang dijalankan, faktor penularan kluster ini adalah ruang lokap yang sesak dan sempit.

“Didapati penjarakan fizikal tidak diamalkan. Ini merupakan penyumbang utama penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]