SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Covid-19: Lima Buah Masjid Di Kuantan Diarahkan Tutup Buat Sementara Waktu !

 

KUANTAN - Lima buah masjid di sini diarah tutup buat sementara waktu termasuk solat fardu dan Jumaat berkuatkuasa semalam susulan terdapat kes jangkitan positif koronovirus (Covid-19) di kawasan berhampiran.

Masjid terlibat ialah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (MSAS) Sungai Isap, Masjid Othman Ibnu Affan Bukan Rangin, Masjid Lama Permatang Badak dan Masjid daerah al-Hidayah.

Pengerusi MSAS Sungai Isap, Dr Sharafuddin Aisa Osman berkata, penutupan sementara itu dibuat selepas terdapat kes jangkitan positif Covid-19 di kawasan berhampiran.

"Semalam, saya dimaklumkan oleh kadi Kuantan bahawa lima masjid tersebut perlu ditutup selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan individu positif Covid-19.

"Jadi, solat Jumaat dan solat fardu serta segala bentuk aktiviti perlu ditangguhkan sehingga mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa," katanya hari ini.

Semalam, tular satu hebahan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai penutupan lima masjid susulan KKM mengesan satu kes positif Covid-19. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]