Pages

MB Dakwa Dato' Nazri Ngah 'Negatif' Covid-19, Semua Pihak 'Tiada Risiko' Untuk Di Jangkiti !

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan di facebooknya, mendakwa keputusan ujian kedua menerusi PCR (Polymerase Chain Reaction) mendapati Ahli Majlis Kerajaan Negeri Pahang negatif Covid-19.

Perkara itu telah pun disahkan oleh Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Hj Bahari Dato’ Tok Muda Che Awang Ngah kepada beliau pagi ini.

Beliau turut dimaklumkan bahawa, kesemua mereka yang terlibat dengan exco terbabit sebelum ini, tiada risiko dijangkiti.

Semalam 'tular' berita panas di lan sosial kononnya Exco merangkap ADUN Pulau Tawar, Dato’ Nazri Ngah positif COVID-19. a ke hospital akibat wabak tersebut.

"Sungguhpun begitu, saya merayu kepada orangramai supaya meneruskan amalan-amalan yang disarankan sepertimana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keslamatan Negara (MKN)"   

"Kita tidak boleh sekali-kali alpa tentang perkara ini kerana wabak pandemikCOVID-19 masih berada dalam komuniti kita yang wajib berwaspada serta berusaha untuk membendung dan mengatasinya, In Sya Allah," kata kenyataan Wan Rosdy pagi ini.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri serta kakitangannya, yang bertindak pantas dalam menangani isu terkini yang dihadapi. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]