TANGGAL 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE (PDO) YANG KE-12 TAHUN (2008-2020) | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA | JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Dewan Muslimat PAS Malaysia Mengadakan Program Gelombang AKIFI Peringkat Negeri Pahang Di Masjid At-Taqwa Kampung Awah

 


MARAN - Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan program Gelombang AKIFI peringkat negeri Pahang yang dilangsungkan di Dewan Komuniti bersebelahan Masjid At-Taqwa, Kampung Awah Chenor, di sini kelmarin.

Zon Tengah melibatkan Kawasan Maran, Kuala Krau, Temerloh dan Bera selaku tuan rumah kali ini dengan majlis kekal menerima suntikan tarbawi secara langsung dari Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Beliau telah memimpin solat hajat untuk kesejahteraan Malaysia, bacaan Yaasiin, munajat AKIFI dan solat Asar berjemaah, selain menyampaikan taujihat perjuangan serta berukhuwah bersama para hadirin ketika jamuan ringan.

Dalam taujihat disampaikannya, beliau mengingatkan betapa keredhaan Allah adalah sebab utama dalam melaksanakan gerak kerja jemaah dan itulah pra-syarat kemenangan sebagaimana jejak ditunjukkan Rasulullah S.A.W.

Hadir sama adalah Ketua Muslimat PAS Negeri Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor dan Ketua As-Sabiqat Muslimat PAS Malaysia, Khadijah Mahmud serta wakil Wanita Umno Bahagian Maran, Datin Seri Dato’ Fatimah Kassim.

Dalam kesempatan Ustazah Nuridah hadir itu beliau turut meluangkan masa menziarahi guru PASTI Al-Hidayah, Zuraina Ibrahim yang telah terlantar sakit sejak beberapa bulan lalu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]