TANGGAL 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE (PDO) YANG KE-12 TAHUN (2008-2020) | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA | JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Husam: Bukan Masalah 'Letak Jawatan', Mahu Fokus Menangkan Kerusi Amanah Di Kelantan

 


SHAH ALAM – Soal peletakan jawatan dalam Parti Amanah Negara (Amanah) bukan satu masalah, kata bekas bekas Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk memberi tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi untuk Amanah di Kelantan.

“Sebenarnya soal peletakan jawatan bukan satu masalah. Bidang politik ini adalah bidang perkhidmatan, bukan bidang cari makan atau kerjaya untuk diri sendiri.

“Pada saya tindakan ini (letak jawatan) mungkin boleh menyumbang kepada perkara yang lebih berkesan, ia satu langkah yang betul.

“Ada yang buat spekulasi yang saya akan keluar Amanah. Tidak, saya hanya letak jawatan dan saya tidak akan keluar dari Amanah, sebaliknya akan terus memperkuatkan Amanah bersama-sama rakan pimpinan sedia ada.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Sinar Live bertajuk ‘Lepas jawatan demi rakyat’ yang disiarkan secara langsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf, di sini hari ini.

Menurutnya, perkara berkenaan sudah dibincangkan dengan pimpinan tertinggi Amanah.

“Saya sudah berjumpa dengan Presiden (Mohamad Sabu) dan serahkan surat peletakan jawatan ini. Saya juga sudah nyatakan hasrat saya secara sukarela (lepas jawatan) tanpa sebarang muslihat atau rancangan lain.

“Beliau (Mohamad Sabu) dengan penjelasan saya dan perkara ini juga sudah dibincangkan dalam mesyuarat Amanah. Malah mereka (pemimpin Amanah) tidak ada masalah mengenainya.

“Jadi laporan media yang dakwa saya bertelagah dengan Mohamad Sabu serta pimpinan Amanah adalah tidak benar. Dakwaan Mat Sabu seorang diktator juga tidak benar, sebaliknya beliau seorang pemimpin yang jujur serta sedia terima pendapat,” katanya.

Tambah Husam, tidak timbul rasa ‘rendah diri’ memandangkan beliau kini hanya bertindak sebagai penasihat Biro Pilihanraya, Biro Komunikasi dan Biro Strategi Amanah.

Husam ketika menjadi tetamu dalam program Sinar Live bertajuk ‘Lepas jawatan demi rakyat’ yang disiarkan seara langsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf, hari ini.
“Pada saya tidak ada masalah kerana sejak mula saya berkecimpung dalam bidang politik ini bukan untuk bercita-cita besar, sebaliknya saya mahu berkhidmat.

“Sekiranya parti masih lagi memerlukan khidmat, saya sedia berkhidmat. Lebih penting negara memerlukan gabungan parti yang kuat iaitu Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi PRU15 dalam mewujudkan kestabilan politik.

“Amanah dan PH adalah parti harapan rakyat yang tinggal untuk memperbetulkan negara. Jadi apa jawatan yang diberikan, saya tidak kisah,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]