Pages

Ismail Sabri: Tumbangkan Warisan Dahulu, Barulah Bincang Soal Ketua Menteri Sabah

 


KUALA LUMPUR: Gabungan Perikatan Nasional (PN) di Sabah diingatkan supaya tidak menimbulkan sebarang isu di peringkat awal dan fokus untuk menumbangkan kerajaan Warisan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apa yang penting ketika ini semua pihak harus bersatu memberi kemenangan kepada calon yang diangkat parti gabungan sebelum mencanang calon Ketua Menteri masing-masing.

Beliau berkata, setiap parti berhak menamakan calon ketua menteri tetapi pada akhirnya ia tertakluk kepada persetujuan rakan seperjuangan lain.

“Tak perlu timbul isu di peringkat awal, kerana jika kita berpecah sikit sejak awal, kita boleh kalah.

“Apa yang penting kita bersatu tumbangkan kerajaan Warisan dan selepas itu kita nak tentukan siapa ketua menteri, kita boleh bincang. Yang penting menang dulu, kalau kalah nak bincang apa?,” katanya dalam sidang media majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Pahlawan 2020 hari ini.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika berkempen di Sabah hari ini berkata, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Hajiji Noor memiliki keperibadian untuk melayakkannya mengetuai pentadbiran negeri.

Azmin dilihat mengulangi kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden PPBM Muhyiddin Yassin pada hari penamaan calon PRN Sabah, yang mahu Hajiji mengetuai pentadbiran negeri jika parti sekutu dalam PN dan Barisan Nasional (BN) sebagai Gerakan Rakyat Sabah bersetuju.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan isu bakal ketua menteri Sabah hanya sesuai dibincangkan selepas BN dan Gabungan Rakyat Sabah menang sekurang-kurangnya 37 kerusi DUN. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]