Pages

Kemalangan: Dua Maut Dua Parah Kereta Bertembung Di Jalan Kuantan - Kemaman

 

KUANTAN: Dua maut manakala dua lagi parah kereta yang mereka naiki bertembung di Kilometer 164 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Kampung Kubang Ikan, di sini petang semalam.

Mereka yang terbunuh dikenali Mohd Sharfizza Hashim, 43, seorang guru dari Kampung Gong, Kemaman dan Tan Mong Eng, 76, pengasuh pusat asuhan kanak-kanak dari Chukai, Kemaman meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata dua yang cedera parah ialah anak Mohd Sharfizza, Muhammad Zakwan, 14, dan Nur Zahraa Aisyah, 10.

Siasatan awal mendapati kemalangan jam 3.45 petang itu dipercayai berlaku selepas kereta Toyota Vios dipandu Mong Eng dari Kuantan menghala ke Kemaman terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta Nissan Almera dipandu Mohd Sharfizza bersama anak-anaknya.

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi parah dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]