SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Kerajaan Negeri Di Minta Siasat Cubaan Bawa Masuk Calon Pengurus Besar 'Pintu Belakang'!

 


KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang diminta menyiasat dakwaan kekosongan jawatan Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser akan diisi oleh calon 'pintu belakang'. 

Menurut sumber, kekosongan untuk jawatan berkenaan telah diiklankan oleh PKBF dan tarikh tutupnya pada 5 Februari 2020 yang lalu.

Selepas sessi temuduga, difahamkan terdapat beberapa  orang calon yang layak ke pemilihan terakhir. Calon bukan sahaja dari Pahang, malahan ada juga dari luar. Semuanya layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, kata sumber tersebut.

Namun, selepas sekian lama menunggu keputusan tiba-tiba ada dakwaan kekosongan itu akan diisi oleh calon 'pintu belakang'.

"Jika sudah ada calon pintu belakang, kenapa buat iklan dan menyusahkan kami dari jauh untuk hadiri temuduga?. Kenapa perlu tipu calon? Kami tidak kisah jika kekosongan diisi oleh calon yang layak selepas temuduga," kata sumber itu.

Dakwanya, amat tidak adil pihak PKBF sanggup mempermaikan kami. Ia seolah-olah cubaan untuk menipu calon. Sia-sia memohon dan membuang masa hadiri temuduga jika calon 'pintu belakang' yang disediakan untuk jawatan tersebut.

Selama ini, banyak iklan jawatan kosong keluar tapi mungkin kes sudah ada calon yang menunggu ikut 'pintu belakang' sering terjadi agaknya.

"Sebab itulah ada yang mendakwa, tak perlu memohon sebab iklan yang dikeluarkan hanya sekadar syarat semata-mata. Calon yang akan masuk ikut pintu belakang sudah tersedia menunggu"

"Mungkin kerana hubungan rapat dengan orang dalam, maka nama calon 'pintu belakang' terbabit dikatakan akan diangkat  mengisi kekosongan jawatan itu"

"Dalam iklan, syarat kelayakan jelas menyatakan usia calon Pengurus Besar tidak boleh melebihi 50 tahun. Maka sudah pasti jika calon 'pintu belakang' diangkat, usianya sudah lebih 50 tahun sebenarnya. Ini jelas melanggar syarat dan tidak seleras dengan keperluan jawatan tersebut," kata sumber itu.

Justeru, beliau menggesa Kerajaan Negeri Pahang menyiasat dan mengambil tindakan tegas sekiranya ada usaha pihak berkenaan untuk menjadikan individu tertentu sebagai Pengurus Besar PKBF menerusi 'pintu belakang'.

Jika lantikan dibuat juga,  sumber menyatakan mereka akan memprotes dan mendedahkan perkara ini untuk diketahui oleh orang ramai.

"Betapa teruknya sistem dalam negeri ini, bila mana masih kekalkan mereka yang sudah bersara untuk memegang jawatan penting itu secara kontrak. Padahal ramai calon lain yang lebih muda, berwibawa dan layak diangkat menjadi mangsa permainan dalaman pihak tertentu," tambah sumber itu lagi. #pahangdaily

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]