Pages

Pembongkaran Tanah Haram Pahang ! (Siri 1)


Oleh: Khaidir Ahmad (Wartawan Tua)

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya mulakan tulisan mengenai pembongkaran sindiket penjualan tanah haram bagi penanaman Durian Musang King di Daerah Bentong, Pahang.

Memandangkan kisahnya agak panjang, maka saya pecahkan dalam beberapa siri bermula dengan siri pertama hari ini.

Sebelum itu, perlu saya jelaskan sepintas lalu senario penerokaan tanah haram secara besar-besaran di Pahang.

Kegiatan ini sebenarnya sudah bermula sejak awal tahun 1970an lagi, tetapi ketika itu lebih kepada tanaman getah dan kelapa sawit serta penanaman halia di Bukit Tinggi Bentong dan sayur-sayuran di Cameron Highlands.

Saya dilahir dan dibesarkan di Temerloh. Maka pada peringkat awal, saya didedahkan dengan sindiket penerokaan haram berskala besar di Triang (sekarang dalam Daerah Bera).

Ia membabitkan puluhan ribu ekar tanah dan modal kegiatan itu dikatakan turut dibiayai oleh pelabur dari Singapura.

Berpuluh tahun mereka makan hasil tanah haram berkenaan tanpa diganggu-gugat oleh Pejabat Tanah Daerah (PTD) mahupun Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Dengan sedikit ugutan dan percaturan politik, akhirnya pada tahun 1980an kesemua “Tanah Haram Triang” itu diberikan geran hakmilik apabila BN cuma menang sekali di DUN Triang dan selebihnya kerusi itu dimenangi oleh DAP.

Geram dengan permainan itu, pada tahun 1985 saya bersama beberapa penduduk kampung cuba meneroka tanah haram di kawasan Sungai Mentuang dan Sungai Belengu tetapi belum sampai sebulan, pasukan penguatkuasa PTG datang memberi notis amaran supaya penebangan dihentikan.

Pada tahun 1990an tanah Kerajaan Negeri seluas 200 ekar di kawasan itu kemudian diberikan kepada seorang tauke Cina menerusi pakej pembangunan Padang Golf Majlis Daerah Bera (sekarang sudah jadi projek gajah putih yang terbiar dalam hutan).

Bagaimana semua itu boleh berlaku ketika hampir 100 peratus kuasa politik dan pentadbiran Kerajaan Negeri dikuasai oleh orang Melayu?

Jawapannya ialah RASUAH & SALAHGUNA KUASA daripada periingkat paling tinggi hingga di perigkat paling bawah.

Nota: Ada kakitangan bawahan Pejabat Tanah Daerah memandu Mercedes Benz S Class untuk bermiain golf.

Apabila saya mula menjadi wartawan pada tahun 1983, barulah saya mendapat tahu bahawa penerokaan tanah haram berskala besar oleh bukan Melayu berlaku bukan sahaja di Triang, tetapi di seluruh Negeri Pahang!

Sepanjang pengetahuan saya hingga sekarang, penerokaan tanah haram oleh bukan Melayu di Pahang adalah yang paling teruk berbanding negeri lain di Semenanjung.

Bukti yang paling mudah dilihat dengan mata kasar ialah setiap kali melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, sesiapa sahaja boleh melihat Hutan Simpan kawasan selepas terowong di sebelah Pahang (Bukit Tinggi) sudah semakin hari semakin gondol diteroka haram sedangkan Hutan Simpan sebelah Selangor (Genting Sempah) tidak permah ada yang berani mengusiknya sejak zaman dahulu lagi.

Nota: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang adalah kawasan Hutan Simpan Kekal yang paling lama diteroka depan mata secara haram oleh penanam halia.

Siapakah penanam halia di Bukit Tinggi dan kenapakah perkara ini boleh berlaku?

Jawapannya pasti juga kerana RASUAH & SALAHGUNA KUASA daripada peringkat paling tinggi hingga ke peringkat paling bawah.

Nota: Ini bukan satu tuduhan melulu tetapi  satu rahsia terbuka atau open secret yang sudah diketahui umum.

Keterangan gambar:

1. Seorang nyonya jutawan tua dari kediaman mewah di Kuala Lumpur sedang meninjau sambil menilai sebidang tanah haram yang sedang dimajukan dengan tanaman Durian Musang King di satu lokasi hutan simpan di pedalaman Daerah Bentong, Pahang.

2. Seorang wartawan tua yang sudah dihukum muflis dek kezaliman penguasa Melayu, masih mampu berdiri gagah di tengah hutan simpan yang sedang digondolkan bagi penanaman Musang King haram di pedalaman Daerah Bentong, Pahang.

(bersambung siri 2 .. InSyaAllah) #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]