Pages

Kumpulan Orang Asli Pos Lanai, Lipis Gesa Batal Kelulusan Perlombongan Seluas 924 Padang Bola Di Kawasan Kampung Mereka

 


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai, Lipis Pahang mendesak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) membatalkan segera kelulusan kajian Impak Alam Sekitar (EIA) perlombongan lanthanide di kawasan mereka.

Pengerusinya Jeffry Hassan berkata, berdasarkan surat yang diterimanya semalam dia mendapati bahawa kajian yang dibuat bukan untuk satu lombong tetapi tiga lombong dengan jumlah keluasan 660 hektar.

660 hektar bersamaan dengan keluasan 924 padang bola.

EIA itu merangkumi perkampungan Orang Asli di sekitar hutan Jelai, tetapi tidak jelas berapa jumlah kawasan perlombongan yang dicadangkan adalah hutan.

Isnin lalu, Jeffrey menghantar surat membantah kebenaran menjalankan kajian di perkampungan Orang Asli untuk perlombongan elemen lanthanide itu kepada JAKOA di sini.

Dia mendakwa rancangan perlombongan tersebut akan menyebabkan tanah nenek moyang mereka diceroboh, memusnahkan persekitaran dan membahayakan kehidupan ratusan keluarga di sana.

Digunakan secara meluas untuk tujuan industri dan saintifik, lanthanide adalah elemen yang sama yang diproses oleh syarikat nadir bumi Australia Lynas Corporation di Malaysia.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo menafikan telah meluluskan permohonan pihak ketiga untuk menjalankan kajian bagi tujuan perlombongan di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang.

Dr Juli berkata semua kelulusan aktiviti di kawasan hutan atau tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan JAKOA tidak mempunyai kuasa meluluskan sebarang aktiviti itu.

Justeru, katanya, surat kebenaran bertarikh 17 Jun lalu yang dikeluarkan JAKOA untuk pihak syarikat memasuki kawasan perkampungan Orang Asli sekitar Hutan Jelai, Daerah Lipis adalah semata-mata untuk menjalankan kajian Impak Alam Sekitar (EIA).

Mengulas lanjut, Jeffrey sekali lagi menegaskan bahawa perlombongan kajian EIA itu harus dibatalkan.

Kalau anda terlepas...

Isu Melayu Islam, prestasi menteri antara tumpuan muktamar PAS

“Komuniti Orang Asli tidak arif tentang implikasi kajian sedemikian dan hak-hak mereka dalam undang-undang .

“Inilah yang berlaku dalam kajian EIA Empangan Telom dulu oleh UiTM dimana kebanyakan Orang Asli menjawab mereka tidak mempunyai hak terhadap Wilayah Adat dan bersetuju dengan pembinaan empangan apabila ditanya berkenaan undang-undang hakmilik tanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Jeffrey, JAKOA juga tahu bahawa hampir semua batin di Pos Lanai tidak mewakili aspirasi Orang Asli di daerah itu.

“Perkara ini terbukti semasa perjalanan kes Mahkamah Empangan Telom di mana hanya satu batin menyertai saman mahkamah terhadap TNB pada masa itu.

“Justeru itu, jika JAKOA benar-benar ingin mendapatkan suara akar umbi, mereka harus mengiktiraf pelbagai perwakilan seperti kami, iaitu Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli, Pos Lanai,” tambahnya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]