SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Mekanik Di Penjara, Denda Kerana Miliki Imej, Video Lucah Kanak-Kanak Di Kuantan !

 


KUANTAN -- Seorang mekanik sambilan dihukum penjara enam tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan menyimpan bahan lucah termasuk video pornografi kanak-kanak, minggu lepas.

Hakim Siti Aminah Ghazali turut memerintahkan Lim Ming Soon, 40, menjalani kaunseling dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun serta dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda.

Lim didakwa memiliki dan menyimpan imej dan video lucah tersebut di dalam tiga unit pemacu pena, seunit cakera keras, telefon bimbit dan komputer riba miliknya, pada 1.30 tengah hari, 11 Sept lepas di rumahnya di Jalan Haji Ahmad di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 292(a)Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya kerana memiliki gambar dan video lucah pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Pada prosiding itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Rahiza Zulkifli yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya hanya dikenakan hukuman ringan dengan alasan lelaki itu tidak mempunyai pendapatan tetap selain menjaga ibu bapa yang uzur.

Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam, mengambil kira kes itu melibatkan kepentingan awam terutamanya golongan kanak-kanak. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]