Pages

Orang Awam Berkelah Di Tahan Dan Di Dakwa, Tapi Kenapa Penceroboh Tanah Tanam Durian 'Musang King' Tidak Ada Tindakan Mahkamah?

 

KUANTAN  - "Jika pekebun durian Musang King bersalah kerana ceroboh tanah kerajaan, tangkap dan dakwa mereka di mahkamah",  kata aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli ketika mengulas perkembangan terkini isu itu.

Mereka seramai lebih 1,000 orang menceroboh hutan, menebang balak, kemudian meneroka secara haram dengan menanam durian 'Musang King', tangkap dan dakwa mereka beradasarkan peruntukan undang-undang yang ada katanya.

"Sudah jelas penceroboh bersalah, meneroka hutan dan membawa keluar balak terlebih dahulu kemudian baru tanam Musang King. Kenapa mereka pula bawa ke mahkamah dan dapat penangguhan? Kenapa tidak Kerajaan Negeri Pahang mendakwa mereka kesalahan menceroboh? Inilah yang memusykilkan orang ramai yang melihat isu ini"

"Kenapa Kerajaan Negeri Pahang langsung tidak menangkap dan mendakwa penceroboh haram itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada?. Kenapa membiarkan penceroboh bebas sedangkan ada bukti kukuh mereka telah menanam durian Musang King dan mengaut keuntungan besar sejak sekian lamanya," dakwa Shukri.

Mengikut Kanun Tanah Negara 1965, berdasarkan Seksyen 425, penceroboh terbabit boleh diambil tindakan undang-undang, katanya.

Pada 1 Ogos lalu, Kerajaan Negeri Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Namun anehnya kata Shukri, seramai 111 orang penceroboh haram itu pula yang mendapatkan Perintah Penggantungan Sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan di beberapa lokasi di sekitar Raub.

Sepatutnya mereka didakwa menceroboh tanah dan hutan, namun tindakan yang berlaku cukup mengecewakan sekali.

Justeru Kerajaan Negeri Pahang diminta bertindak tegas terhadap penceroboh tanah haram terbabit dengan mengambil tindakan mahkamah dengan kadar segera.

"Jika tidak, rakyat pasti akan tertanya-tanya kenapa penceroboh yang membawa kes ini ke mahkamah, sedangkan kerajaan tidak langsung mendakwa mereka? Di mahkamah, barulah kerajaan akan tahu bagaimana penceroboh ini boleh bebas tanpa sebarang tindakan selama puluhan tahun meneroka tanah haram itu"

"Pasti dalam yang menyokong, menutup, melindungi dan makan hasil terutamanya ahli politik dan pegawai kerajaan di jabatan yang berkenaan akan diketahui. Mudah untuk kerajaan bertindak terhadap pengkhianat yang bersekongkol dengan pencerobohan ini sebenarnya. Mahkamah adalah tempat untuk melihat sandiwara ini berakhir dengan adil dan saksama. Tidak wajar terus merampas tanah tampa mendakwa penceroboh dan dalang yang terlibat ke muka pengadilan," dakwa Shukri.

Shukri mendakwa, dalam kes pencerobohan hutan di Jerantut pada Oktober 2019 lalu.

"Seramai 32 orang awam yang berumur antara 23 hingga 51 tahun itu ditahan ketika berada dalam Hutan Simpan Berkelah ketika sedang melakukan aktiviti berkelah dan memancing. telah ditahan berada dalam hutan simpan tanpa permit boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara (APN) 1984, jika sabit kesalahan didenda RM10,000 atau penjara tiga tahun atau keduanya sekali," dakwa Shukri.

Rujuk laporan media di "Jabatan Hutan tahan 32 pengunjung masuk hutan tanpa permit"  (https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/10/622577/jabatan-hutan-tahan-32-pengunjung-masuk-hutan-tanpa-permit).

"Di manakah keadilan untuk rakyat marhaen?. Kenapa bila melibatkan orang awam lain, tindakan dan hukuman tegas dibuat tapi dalam kes pencerobohan hutan di Raub ini kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang, sebaliknya penceroboh yang berbuat demikian. Bukankan ini sesuatu yang misteri sebenarnya. Apakah ada sesuatu yang cuba diselindungi oleh pihak berkenaan?," dakwa Shukri lagi.

Sementara itu, beliau menjangkakan isu ini akan berlarutan jika tiada tindakan mahkamah terhadap penceroboh. Tambahan pula mereka dipercayai pernah memohon kebenaran menanam durian Musang King atas tanah terbabit, namun ditolak oleh pihak berkaitan. #pahamgdaily

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]