Pages

Pegawai Integriti JPN Pahang Tiada Integriti, Arah Ketua Kerani "Padam Kehadiran" Guru !

KUANTAN - Pendedahan kes salah guna kuasa  yang melibatkan pegawai tinggi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang kini semakin hangat diperkatakan dikalangan warga pendidik termasuk orang ramai di negeri ini.

Berbagai komen dan pandangan telah dilontarkan, ada yang menganggap apa yang didedahkan itu sekadar "surat layang"  atau sekadar "fitnah" semata-mata.

Namun ramai juga yang mendakwa memang sudah lama perkara ini berlaku, sejak pucuk pimpinan tertinggi JPN Pahang bertukar tangan. Banyak aduan telah dibuat, namun pihak atasan menganggap isu itu terpinggir.

Namun, apa yang pasti ada isu terpinggir yang perlu didedahkan demi keadilan kepada pihak yang menjadi mangsa sebenarnya. Tambah mengejutkan terdapat dakwaan Unit Integriri JPN Pahang yang sepatutnya menyiasat sesuatu isu secara profesional, adil dan saksama dikatakan telah memihak pula kepada pihak atasan yang terpalit dengan isu tersebut.

Maka, tiada guna lagi untuk para pendidik membuat sebarang aduan jika ada unsur negatif yang terjadi dalam JPN pahang.

Sumber dalaman JPN Pahang mendedahkan, memang ada berlaku kes penganiaya ke atas seorang guru di sebuah sekolah di daerah ini (Kuantan). Guru terbabit telah diugut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dipersalahkan hanya kerana membuat rayuan atas pertukarannya.

Difahamkan guru terbabit sedang dalam proses rayuan terhadap pertukaran beliau, lantaran itu masih bertugas di sekolah lamanya   hingga ke hari ini. Namun, beliau telah diberi tekanan oleh JPN Pahang dan berbagai tindakan yang tidak munasabah dilakukan oleh pihak jabatan terhadapnya.

Sememangnya seseorang guru perlulah akur arahan pertukaran. Namun dalam kes tersebut, guru berkenaan merasakan dirinya telah dikhianati. Tambahan pula  beliau masih baharu disekolahnya dan banyak program penting sedang dan akan dilaksanakan di sekolah beliau bertugas sekarang.

Johari M Salim

Difahamkan Pegawai Integriti JPN Pahang, Johari M Salim telah dihantar ke sekolah tempat beliau bertugas untuk menyiasat "surat rayuan" guru berkenaan. Namun siasatan yang dijalankan "berat sebelah" dan hanyalah cubaan untuk mencari kesalahan serta mengugut guru terbabit berpindah dari sekolahnya itu.

"Mengancam untuk diambil tindakan tatatertib kerana alasan berniaga sedangkan guru itu menyewakan kedai pada orang lain. Malahan guru tersebut juga dituduh menjual 'sanitizer' kepada sekolah sedangkan perkara itu tidak berlaku. Kenapa begitu sekali sikap seorang Pegawai Integriti JPN Pahang? Siasatan yang dibuat tiada kaitan langsung dengan isu pertukaran guru itu, namun lebih kepada hal peribadi yang lain, kata sumber itu.

"Pegawai Integriti yang datang menyiasat juga begitu mudah menerima maklumat yang salah dan sengaja dijadikan isu sebagai alasan untuk diambil tindakan. Sikap yang jelas cukup tak bijak dan memalukan. Malah, kedatangan kali kedua ke sekolah terbabit lebih mengejutkan apabila cuba pula  mengugut pula guru besar sekolah berkenaan. Kononnya akan dikenakan tindakan tatatertib kerana membuat rayuan agar guru berkenaan kekal di sekolahnya"

"Sepatutnya majikan ada hak untuk merayu ke jabatan bagi mengekalkan mana-mana  guru  atas kepentingan sekolah. Seharusnya JPN atau PPD secara memindahkan seaeorang guru.. tanya Guru Besar dan mintalah izin, permudahkan cara, jangan bertindak pilih kasih," kata sumber tersebut.

Katanya lagi, sungguh aneh juga kerana ada guru yang merayu dan berjaya. Namun kenapa guru yang berkenaan yang membuat  rayuan sehingga ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).. beliau pula diugut untuk dikenakan tindakan tatatertib. Tiada langsung pertimbangan sehingga melibatkan pegawai-pegawai kanan di jabatan masuk campur, kes jenayah apa yang guru ini telah lakukan?.

"Janganlah bertindak secara membabi-buta, kerana sebagai warga pendidik ... guru bukanlah penjenayah. Pegawai Integriti JPN Pahang sanggup datang ke sekolah untuk mencari kesalahan Guru Besar pula, yang mahu guru tersebut kekal di sekolahnya," kata sumber itu.

Malah dakwanya, berbagai alasan digunakan untuk mendesak dan memberi tekanan pula kepada Guru Besar sekolah terbabit, seolah-olah Guru Besar tiada kuasa langsung untuk membuat sesuatu keputusan.

Sakri Muda

"Banyak maklumat yang tidak betul telah pun disalurkan ke JPN Pahang tentang perbuatan Guru Besar berkenaan melalui Guru Penolong Kanan (GPK 1) dan Guru Penolonga Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM). Maklumlah GPK 1 khabarnya  pernah bertugas di JPN Pahang," tambah sumber itu.

Walhal merekalah yang membelakangi Guru Besar membocorkan segala maklumat sekolah kepada pihak jabatan.

"Difahamkan keduanya (GPK1 dan GPK HEM) adalag dalang yang memberi maklumat salah tentang Guru Besar, guru-guru dan sekolah terbabut. Mereka dikatakan bersahabat baik dengan 'Pemangku Timbalan Pengarah'. Sejak kedatangan mereka berdua ke sekolah itu tiada lagi ketenteraman sekolah, guru jadi tertekan. Sepatutnya seorang pentadbir (merujuk kepada dua orang GPK sekolah terbabit) perlu menghormati dan bekerja untuk majikan, bukan menikam dari belakang," dakwa sumber itu lagi.

Difahamkan juga Pegawai Integriti dan seorang Pegawai JPN Pahang bersama GPK 1 tergamak menggunakan pula Ketua Kerani  sekolah tersebut untuk "memadamkan nama" guru tersebut dalam sistem kedatangan sekolah.

"Tindakan paling tidak berintegriti pegawai berkenaan ialah meminta Ketua Kerani memadam semua kedatangan guru terbabit sejak mula beliau diarahkan bertukar. Namun difahamkan Ketua kerani tidak sanggup melakukan perkara demikian kerana guru berkenaan hadir bertugas seperti biasa dan sedang menunggu rayuan"

"Pada hari yang sama pegawai berkenaan memanggil 13 orang guru lain semata mata untuk bertanyakan tentang keberadaan guru itu di sekolah barunya. Namun guru-guru berkenaan memberi jawapan tiada apa yang mencacatkan kerana tahu cara kerja dan telah berkerjasama baik dengan guru tersebut. Guru yang dipanggil mengadap terpaksa meninggalkan kelas mereka semata-mata menjawab soal siasat pegawai berkenaan,"

"Pelik, kenapa begitu rupa menekan guru-guru dan mengganggu tugasan para guru berkenaan?. Berceramah pada kakitangan pendidikan dan guru-guru selalu tekankan integriti.... sedang beliau (Pegawai Integriti) bertindak tanpa ada integriti, hilang hormat bila berkelakuan 'tidak serupa bikin' luah warga pendidik", tambah sumber itu lagi.

Hirudin Mohit 

Perkara ini adalah merujuk kepada perbuatan dua orang pegawai JPN Pahang iaitu Johari M Salim (Pegawai Integriti) dan seorang lagi Sakri Muda (Pegawai Unit Rendah). Malah difahamkan juga siasatan tersebut adalah arahan oleh Hirudin Mohit (Pemangku Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah) iaitu pegawai kepercayaan Pengarah Pendidikan Pahang sendiri. #pahangdaily

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Aduhai! Kalau ye pun nak betulkan keadaan, tak perlu
nak guna media sosial. Dah tak pandai nak duduk
bincang semeja cari jalan selesai. Masalah kecik hal tukar
cikgu ni patut selesai level PPD je. Takkan nak mintak KPM,
SPRM ke Menteri ke..
Itu maknanya ada dendam atau niat jahat nak menyusahkan
orang. Banyak nye lagi kerja pendidikan yg patut dibuat.
Istighfar. Kalau x malu ke Tuhan, malu ke sesama manusia.

Anonymous said...

Dengar dua dua belah pihak, baru betul. Ni tdk, main blasah je tulis berita. Kena saman baru tau...

Anonymous said...

Harap admin Pahang Dialy dapatkan info dari pihak JPN Pahang. Baru adil. Kalau tak,
ni berita sampah..!!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]