Pages

Mahkamah: Pekebun Durian Berdepan Dengan Hukuman Gantung Sampai Mati !

 


MELAKA - Seorang pekebun durian berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita awal bulan ini.

Tertuduh, Lo Kui Khiong, 54, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang wanita warga Indonesia di sebuah rumah tidak bernombor di kebun durian, Mukim Tanjung Minyak, Taman Bertam Impian antara jam 12 tengah malam sehingga 9 pagi, 7 September lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan mandatori hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 24 November depan bagi serahan dokumen dan sebutan semula kes. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]