SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Pembongkaran Tanah Haram Pahang ! (Siri 2)

Oleh: Khaidir Ahmad (Wartawan Tua)

Sebelum ini, saya beranggapan kegiatan penerokaan tanah haram cuma dibuat secara persendirian atau untuk diusahakan sendiri walaupun saya pernah  dimaklumkan ada dana pembiayaannya dari Singapura seperti yang berlaku di Triang.

 Namun, anggapan saya itu meleset sama sekali apabila saya sendiri secara tidak sengaja “terperangkap” dalam sindiket penjualan tanah haram di Bentong. (Subhanallah, Tuhan menjadikan saya seorang penulis yang sering diberikan ujian dan pengalaman luarbiasa untuk dijadikan bahan penulisan perjuangan)

Kisahnya bermula ketika saya menjalankan perniagaan Nurseri Bergerak di Padang Tras, Bentong pada setiap hari Sabtu suatu ketika dulu.

Seorang lelaki Cina, Mr C (bukan nama sebenar) adalah pelanggan tetap utama saya ketika itu kerana hampir setiap minggu dia membeli anak benih durian dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Biasanya, dia mengangkut sendiri anak benih yang dibeli dengan Hilux dia sendiri atau dengan beberapa buah lagi Hilux yang dikatakan milik rakannya.

Namun pada suatu hari, dia memesan satu lori anak benih dan meminta saya menghantarnya dengan lori saya ke kebun yang didakwa diwarisi daripada mendiang bapanya di kawasan hutan berhampiran lebuhraya dalam pembinaan tidak jauh dari Rancangan Felda Mempaga, Bentong.

Nota: saya pernah meminta nombor lot geran tanah seluas 20 ekar itu kerana saya berminat untuk memohon tanah hutan kosong berhampiran kebun berkenaan tetapi hingga sekarang dia masih belum memberinya.

Beberapa minggu kemudian, dia memesan pula 700 pokok anak benih Durian Belanda untuk dihantar kepada sahabatnya di Kampung Baharu Musang King Sang Lee, Raub.

Ketika penghantaran dibuat kepada seorang “apek” berusia 60an, barulah saya mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai kekayaan pengusaha ladang-ladang Musang King haram di sekitar Raub dan Bentong.

Apek ini cuma mempunyai dua orang anak iaitu anak lelaki berusia 21 tahun dan anak perempuan berusia 23 tahun.

Saya lihat anak lelaki yang membantu beliau di kebun Musang King memandu sebuah Toyota Camry baharu manakala anak perempuannya pula belajar di sebuah universiti di England.

Dalam perbuakan kami, apek memberitahu saya bahawa dia mengirim RM6,000 seminggu kepada anak perempuannya untuk membiayai kos sara hidup di England sejak setahun lalu, tidak termasuk yuran pengajian!

Di akhir perbualan, saya bertanya kepada apek:

“Sekarang semua orang tanam Durian Musang King, apa pasal apek tanam Durian Belanda?”

“Musang King pun ada. Ini Duian Belanda wa tanam keliling pagar... dia olang cakap nanti boleh jual sama itu kilang obat dia punya daun dan itu buah dia olang bikin jus.”

Dalam hati saya mula berbisik, kalau 700 pokok Durian Belanda cuma nak tanam di sekeliling pagar, berapa luas kebun Musang King apek ni?

Lantas saya bertanya lagi:

“Wah!... ini macam lu punya dusun Musang King mesti manyak luas maa?”

“Talak la... sikit-sikit ada la... lain olang lagi luas maa.”

Tidak puashati dengan jawapan itu, saya peluk dan gosok-gosok bahu apek sambil berbisik ke telinganya:

“Berapa ekar ada?”

“Tak sampai 50 la... 40 puluh ekar lebih sikit ada la. Wa angkat sikit-sikit sudah 30 tahun... semua talak gelan... dulu tanam getah dan sawit, sekarang semua wa hantam dulian.”

Aduhhh!!!.... 40 ekar dia kata sedikit? Saya cuma ada 4 ekar tanah halal pun sudah terasa luas!

Keterangan gambar

1. Jika dahulu tanah haram diteroka secara sembunyi cuma menggunakan gergaji, kapak dan parang tetapi kini jentera berat berharga ratusan ribu digunakan untuk membuka ladang Musang King haram secara terbuka di kawasan hutan simpan pedalaman Daerah Bentong.

2. Wartawan Tua yang sudah dihukum muflis kerana kezaliman penguasa Melayu, masih gagah meredah jalan peneroka tanah haram dengan kenderaan pacuan 4 roda menuju ke tengah Hutan Simpan di pedalaman Daerah Bentong untuk membongkar penyelewengan dalam pembukaan ladang Musang King haram.

(. bersambung siri 3 ... InSyaAllah) #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

azmanmoya said...

Respect lah saudara Khaidir, wartawan pembela bangsa (jgn lah kt wartawan tua, sy lg tua). Sy doakan berjaya dalam kerja buat saudara dan membuahkan hasil yg baik demi keadilan utk bangsa dan negara kita yang tercinta.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]