Pages

Mandat Asal Rakyat "PRU-14" Di Kembalikan, Pertubuhan Pelajar Sokong Kerajaan Baharu !

 


KUALA LUMPUR - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM ) menyokong pembentukan kerajaan baharu yang disifatkan sebagai pembentukan kerajaan ‘asal’ iaitu dari mandat rakyat melalui Pilihanraya Umum yang lalu.

Presidennya, Ahmad Farhan Rosli berkata, pihaknya menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan sebagai elemen fundamental dalam sesebuah negara bangsa yang berkemajuan dan bertamadun.

“Sebarang tindakan tidak boleh membelakangkan undang-undang dan perlembagaan tanpa mengira darjat dan pangkat.

“Semangat asas kepatuhan ini adalah untuk memastikan keadilan sejagat dan hak rakyat jelata tidak dipersenda permainan politik rakus,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian, merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.

Malah PKPIM percaya kerajaan yang akan ditubuhkan adalah alternatif terbaik bagi mempertahan agenda Melayu- Islam, perpaduan dan kestabilan ekonomi.

“Yang demikian, PKPIM menggesa agar segala proses perundangan dan perlembagaan hendaklah dipenuhi sewajarnya.

Dan bagi tujuan itu, setiap anggota dan pegawai terbabit hendaklah melaksanakan tugas dengan jujur tanpa ada sebarang cubaan sabotaj.

“PKPIM juga menegaskan kembali prinsip yang kami dukung dan dinyatakan melalui kenyataan media pada 2 Mac 2020 yang lalu, mengenai keabsahan dan kedaulatan institusi Raja-raja.

“Bahawasanya, kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan sekali lagi disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Baginda telah menyerlahkan kebijaksanaan pada krisis politik yang lalu,” katanya.

PKPIM yakin kebijaksanaan yang sama akan diserlahkan, dan PKPIM akan tetap terus menjunjung kasih atas keputusan yang Baginda perkenankan.

“Walauapapun, PKPIM sekali menegaskan proses perundangan harus dilakukan secara jujur tanpa unsur kerakusan politikus yang berpaut pada kuasa. Kembalikan mandat rakyat!,” tegas beliau. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]