SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Politik Dalaman Di JPN Pahang, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Di Minta Siasat !

 

KUANTAN - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menyiasat aduan daripada warga pendidik di negeri ini tentang penyelewengan kuasa di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang seperti yang didedahkan sebelum ini.

Banyak komen dan pandangan telah dibuat oleh warga pendidik tentang perkara ini. Pepatah Melayu ada mengatakan "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang".

Menurut sumber, permainan politik dalaman di JPN Pahang terus diperkatan dan semakin parah. Pengarah (foto kanan) cuba mengangkat 'kawan rapat' untuk diisi sebagai Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, sedangkan pegawai berkenaan masih cetek pengalaman dalam mengurus tadbir jabatan.

Anehnya pegawai tersebut (foto kiri) telah diberikan tugas 'memangku' atau menjalankan tugas sebagai 'Timbalan Pengarah'.

"Difahamkan beliau bersama dengan pengarah berusaha secepat mungkin untuk proses jawatan penuh timbalan. Sedangkan pegawai berkenaan baharu sahaja beberapa bulan menjawat Gred DG54"

"Ramai lagi Pegawai Kanan yang lebih berpengalaman dalam gred tersebut, dan pernah menjawat Ketua Pengarah Pendidikan Daerah (KPPD). Ada yang sudah berpuluh tahun menguruskan unit-unit tertentu di JPN Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)," dakwa sumber tersebut.

Difahamkan pengarah memberi 'lampu hijau' kepada beliau untuk membuat keputusan. Setiap tindakan beliau adalah tindakan pengarah, sehinggakan pegawai yang lebih kanan mudah diperkotak-katik oleh beliau. Malah ada beberapa tindakan beliau langsung tidak mnghormati pegawai yang lebih berpengalaman.

Menurut sumber itu lagi, sikap pegawai berkenaan yang menukarkan pegawai-pegawai berpengalamn di JPN Pahang ke unit lain tanpa perbincangan dan menurunkan pegawai-pegawai berpengalaman  ke sekolah amat merugikan.

Apatah lagi bila membawa masuk rakan-rakan rapat ke jabatan setelah menukarkan pegawai lain. Tindakan melulu beliau dan pilih 'kroni'
menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan warga JPN pahang sebenarnya, kata sumber tersebut.

"Rakus bertindak sehingga ada tindakan beliau menukarkan guru-guru di Pahang yang tidak munasabah dan pilih kasih. Dikatakan Pembantu Peribadi (PA) Pengarah itu sendiri juga tertekan dengan permainan beliau, yang 'lebih kuah dari sudu'"

"Pengarah bagaikan menyerah bulat-bulat tindakan pegawai berkenaan tanpa rasa bersalah. Sekarang dikatakan beliau pula paling berkuasa di JPN Pahang bukan pengarah. Pengarah bagaikan tiada wibawa, ada insan yang lebih kebal di bawah beliau"

"Situasi ini cukup memalukan, menampakkan kelemahan jabatan. Individu yang lebih layak tidak diangkat. Sehingga cadangan dan nasihat Menteri Besar Pahang, pemimpin-pemimpin tempatan pun tidak diterima pakai," tambahnya.

Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar turun padang menyiasat dan mempelbetulkan keadaan. Berikan jawatan kepada pegawai yang lebih berwibawa dan berpengalaman untuk mengurus tadbir jabatan supaya tidak bercelaru dan dihormati.

Difahamkan timbalan-timbalan di JPN Pahang sekarang bukan anak tempatan, termasuklah pegawai berkenaan, kenapa terjadi begini? Sudah pupus ke anak tempatan? sepatutnya berilah jawatan kepada pegawai anak tempatan unruk menguruskannya.

"Ramai pegawai pendidikan dikalangan anak tempatan  sebenarnya yang layak. Bukan bermaksud kenegerian, cuma berilah penghormatan untuk anak tempatan. Jangan sampai ada yang memperli 'gajah di depan mata tak nampak..kuman di seberang laut nampak,' skandal apakah ini pengarah dan 'kawan rapat'?? sehingga dikatakan suara timbalan adalah suara pengarah. #pahangdaily


5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Unknown said...

Mohon blogger kaji artikel tersebut yangmana ia mungkin berunsur fitnah. Kriteria pemilihan adalah dibawah tanggungjawab pihak pendidikan. Calon juga perlu ditemuduga. Setiap rekod kecermelangan dan sumbangan kerja diambil kira. Tidak lupa juga jika ada rekod salahlaku atau kegagalan dalam perlaksanaan tugas. Semua faktor dan aspek tidak terlepas. Ini hanya pandangan luaran saya yang bukan ahli pendidik. Saya percaya ini semua dititik beratkan. Mohon kepada blogger kaji artikel ini dan tidak hanya membuat lakaran untuk sebelah pihak sahaja.

Anonymous said...

Walaupun saya bukan terdiri daripada golongan pendidik tapi saya adalah sebahagian daripada warga yang bertugas di bawah payung KPM. Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen di sini.
Harap admin/bloger tapis dahulu berita dan laporan yang dihantar oleh pengadu kepada blogger.Saya lihat banyak sangat tuduhan yang tidak benar yang saudara blogger ketengahkan. Semua fitnah ini tercipta akibat perasaan tidak puas hati atas kapasiti individu dan bukannya mewakili guru-guru.
Mungkin ini adalah rentetan daripada individu yang ada kaitan dengan isu yang pertama yang admin/blogger ketengahkan sebelum ini.

Anonymous said...

Serahkan pada urusan SPRM.Biar mereka menjalankan tugas

Anonymous said...

Betul tu, setuju sangat. Serahkan kepada yang bertanggungjawab.Jangan hanya berani melempar fitnah.

Anonymous said...

ni semua sebab ada yg tak puas hati tak dapat naik pangkat kan..? Guna portal luar untuk buruk2 kan orang. Come on..guru-guru memerhati..memalukan kalau sebagai pegawai2 di peringkat pertengahan memburukkan institusi sendiri demi rakus pada jawatan yg dipuja selama ini. Terimalah rezeki sedia ada..jika anda bagus sudah tentu dah lama orang naikkan anda. sudah2 lah tabur pasir pada tempat kita mencari rezeki disebabkan nafsu nak naik pangkat. Admin tolonglah tapis berita jangan dengar dari satu sumber sahaja...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]