SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Selepas Amanah 42 Ahli Parlimen DAP Hanya Menyokong Kerajaan Pimpinan Anwar Ibrahim

 


KUALA LUMPUR - Selepas AMANAH, kini 42 ahli Parlimen DAP juga menyatakan pendiriannya menyokong pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang untuk membentuk kerajaan.

“Kami mengambil maklum pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi bahawa beliau telah mempunyai sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang untuk membentuk Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar tengah semalam mengumumkan telah mempunyai sokongan besar Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya juga memaklumkan kerajaan ini mempunyai mempunyai majoriti MP Melayu,” kata Anwar dalam sidang media khas di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai jumlah kerusi yang diperolehinya, Anwar menjawab ringkas, “Hampir dua pertiga. Majoriti kukuh dan meyakinkan.”

Blok yang menolak Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin pada masa ini membentuk jumlah keseluruhan 109 kerusi Parlimen dengan 91 daripadanya daripada PKR, DAP, dan AMANAH.

Sementara itu, Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memiliki 15 kerusi.

Turut menolak PN ialah Ahli Parlimen Muar bebas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan penggerak penubuhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia).

Selain itu, dua Ahli Parlimen Parti Sarawak Bersatu (PSB) juga tidak menyokong PN yang pada masa ini hanya mempunyai 113 kerusi Ahli Parlimen. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]