Pages

SPRM Di Gesa Siasat 'Guru Besar' Perdayakan PIBG, Guna Pengaruh Tukar Guru Sesuka Hati !

 


KUANTAN -  Tindakan seorang Guru Besar di sebuah sekolah dekat sini yang tergamak memperdayakan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) sekolah terbabit terbongkar.

Guru Besar terbabit, Hamidah Abdul Hamid (foto) didakwa sanggup menggunakan minit mesyuarat untuk membuka akaun kedai buku berasingan.

Menurut sumber,  tindakan menyembunyikan akaun jualan harian dari pengetahuan PIBG menyebabkan Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah berkenaan terpaksa memprotes.

"Dalam minit mesyuarat lalu ada item-item dan syarat-syarat permohonan online (perbankan internet) dengan mewujudkan tiga ID. Namun tidak berlaku sedemikian"

"Guru Besar memasukkan semua nama guru termasuk beliau sebagai 'checker' akaun kedai buku itu. Beliau dilihat cuba memonopoli urusan pengeluaran duit"

"Jadi segala urusan keluar masuk duit jualan tidak diketahui oleh PIBG. Beliaulah 'checker dan maker' yang menyalahgunakan kuasa," dakwa sumber tersebut.

Difahamkan beliau sebelum ini juga sering berkelahi dengan Yang DiPertua PIBG atas hal-hal sekolah dan lain-lain. Permusuhan terseut  berpanjangan, kerana beliau rasa dirinya hebat.

Malah dengan kuasa yang ada beliau sanggup membelakangi YDP dan seluruh AJK PIBG untuk  menyembunyikan pendapatan jualan kedai buku PIBG, kata sumber itu lagi.

Beliau didakwa ''cukup kebal' kerana mempunyai pengaruh kuat di JPN Pahang.

"Kebal kerana salah seorang Timbalan Pengarah JPN Pahang mempunyai hubungan saudara dengannya. Malah sebelum ini beliau sendiri juga pernah bertugas di JPN Pahang"

"Pengarah sekarang dan juga rakan baik kepada 'Pemangku Timbalan' Sektor pengurusan sekolah JPN pahang begitu rapat dengannya. Lantaran itu beliau berkuasa dan  bebas menukarkan guru-guru yang dirasakan tidak perlu dan tidak 'ngam' dengannya," dakwa sumber itu lagi.

Sementara itu terdapat juga dakwaan, selaku Guru Besar beliau sering mencerca dan mengherdik Ketua Kerani sekolah itu di depan pentadbir lain atas tuduhan dan prasangka yang melampau.

"Ada guru-guru yang diancam tukar, maklumat dan nama guru yang dirasakan tidak 'ngam' dihantar ke JPN Pahang untuk diambil tindakan tukar dan sebagainya"

"Semasa di sekolah itu semua GPK dibawah beliau tidak diberi kuasa yang sepatutnya, GPK diancam tukar dan dilaporkan ke JPN Pahang untuk diambil tindakan walau atas perkara yang kecil, yang boleh diselesaikan secara dalaman sahaja," tambah sumber itu.

Difahamkan juga beliau telah minta dipindah lkan ke sekolah lain kerana tidak lagi dapat berkerja dengan baik bersama guru-guru di sekolah lamanya.

"Semuanya disebabkan tindakan beliau sendiri yang melampau terhadap guru-guru dan kakitangan. Beliau dengan senang mengatur pertukaran dan memilih sekolah yang beliau kehendaki untuk menukar guru-guru,  kerana pengaruh hebatnya di JPN Pahang"

"Bayangkan dalam tempoh dua tahun telah tiga buah sekolah beliau berkhidmat sebagai Guru Besar. Adakah beliau seorang yang hebat? Hebat kerana dapat berpindah ke mana sahaja yang dia suka. Memang besar sungguh pengaruh beliau sebenanya?" kata sumber itu lagi.

Ada dakwaan mengatakan setiap sekolah yang beliau berkhidmat, pastu akan  berlaku masalah dengan guru-guru dan juga PIBG. Sikap beliau ini mungkin berpunca daripada pengaruhnya dan beliau juga punyai hubungan 'kabel" yang kuat dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri.

"Mungkin dek kerana itulah beliau berjaya mengukuhkan cengkaman dan  tidak dimakan saman. Difahamkan beliaulah antara pencetus konflik di JPN Pahang sekarang, dan menjadi dalang pertukaran seorang Guru Penolong Kanan (GPK) yang pernah dikhianatinya semasa bertugas di sekolah yang sama dulu"

Tambah mengejutkan, beliau pernah mengancam akan mencampakkan Guru Penolong Kanan terbabit ke sekolah llain selepas dia berpindah.

Susulan ugutan itu, akhirnya GPK yang berkenaan telah diberikan surat tukar ke sekolah lain walau pun baru setahun lebih bertugas di sekolah lamanya.
"
itulah kehebatan beliau. Walau pun telah berpindah sekolah namun masih lagi berkuasa menukarkan GPK di sekolah lamanya. Mungkin kerana rakan rapat dan 'saudara' beliau banyak membantu urusan ini," tambah sumber itu.

Justeru pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menyiasat segera isu-isu penyelewengan dan salah guna kuasa ini. Kita tidak mahu 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Nama baik JPN Pahang terjejas gara-gara 'politik dalaman'. #pahangdaily

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Parok wey

Anonymous said...

Fitnah belaka tuu

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]