SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Surat Sokongan Menteri Besar Pahang Pun 'Di Bakul Sampahkan', KPM Di Gesa Siasat 'Politik Dalaman' JPN Pahang Yang Membimbangkan !

 


KUANTAN - Ramai dikalangan warga pendidik dan ibubapa hairan kenapa kekosongan jawatan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang masih belum diisi hingga ke hari ini.

Sepatutnya jawatan penting itu telah diisi dengan kadar segera bagi memudahkan urusan yang berkenaan. Namun difahamkan hingga ke hari ini jawatan itu masih lagi 'dipangku', walhal ramai pegawai yang berkaliber di JPN Pahang sepatutnya sudah diangkat ke jawatan tersebut.

Menurut sumber dalaman, sebenarnya memang sudah ada nama pegawai yang sepatutnya mengisi kekosongan itu namun akibat karenah birokrasi dan permainan dalaman di JPN pahang maka hingga ke hari ini jawatan kosong itu sengaja dibiarkan.

Malah ada sokongan dan saranan daripada Menteri Besar Pahang sendiri yang mencadangkan nama pegawai paling sesuai yang layak mengisi jawatan terbabit, namun ia telah ditolak 'mentah-mentah' oleh Pengarah Pendidikan Pahang iaitu Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar (foto).

"Difahamkn nama pegawai berkenaan telah dicadang oleh Menteri Besar berdasarkan  pengalaman, berkebolehan serta kualiti kerja pegawai berkenaan, namun tidak mendapat perhatian oleh tuan pengarah," dakwa sumber tersebut.

Malah katanya kekosongan jawatan itu sengaja dibiarkan dan Pengarah JPN Pahang telah melantik 'pegawai rapat' dengan beliau yang baharu dua tahun lebih berkhidmat di JPN Pahang untuk 'memangku' jawatan tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menyiasat dakwaan ini dengan telua dan adil. 'Politik dalaman' di JPN Pahang menyebabkan ada beberapa tindakan yang tidak wajar telah berlaku dan cukup membimbangkan. Tindakan yang penuh 'emosi'dan perasaan 'hasad dengki'.

Antara yang  mengejutkan difahamkan juga Pengarah JPN Pahang sanggup 'membangkul sampahkan' surat sokongan dari MB kepada seorang Guru Penolong Kanan yang cemerlang untuk kekal berkhidmat di sekolah asal dalam daerah Kuantan.

"Pertukaran yang meragukan membantutkan usaha Guru berkenaan membangunkan potensi murid di sekolah tersebut. GPK terbabit diarahkan  bertukar sedangkan beliau baharu berkhidmat setahun tiga bulan." dakwa sumber itu lagi.

Sementara itu guru berkenaan juga telah membuktikan kecemerlangan di bidang ko-kurikulum walaupun baru berkhidmat dalam jangka masa setahun tiga bulan di sekolah terbabit. Arahan pertukaran guru berkenaan mendapat reaksi negatif daripada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah itu. Mereka kecewa dan membantah pertukaran guru cemerlang  itu.

Ini kerana, difahamkan guru berkenaan telah membawa banyak kejayaan kepada sekolah terbabit baik di peringkat Antrabangsa, kebangsaan atau pun negeri.

"Guru berkenaan juga adalah bekas jurulatih memanah SUKMA Pahang dan mempunyai lesen teknikal pelayaran kebangsaan, Selain itu beliau turut mempunyai sijil kejurulatihan pelbagai sukan. Anehnya, tidak mendapat pertimbangan dan kerjasama daripada Pengarah JPN Pahang untuk kekal di sekolah lamanya," tambah sumber itu.

Paling mengejutkan pihak JPN pahang dipercayai telah 'memaksa' guru berkenaan melapor diri di sekolah baharu dalam keadaan yang mencurigakan.

"Surat Sokongan daripada pelbagai pihak termasuk PIBG, ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat tidak diendahkan.  Paling memeranjatkan, surat sokongan Menteri Besar Pahang sendiri telah dibakul sampahkan," dakwa sumber itu.

Justeru, diharapkan perkara ini dapat disiasat dengan telus, demi keadilan untuk semua pihak. Kekosongan jawatan yang perlu diisi haruslah dibuat secara profesional tanpa ada permainan 'politik dalaman' yang akan menjejaskan nama JPN Pahang sendiri akhirnya. #pahangdaily

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

SAHIH KE CERITA NI? SAMPAI MENUNJUKKAN WAJAH TUAN PENGARAH? SAYA MENGENALI TUAN PENGARAH DENGAN CARA YANG BAIK, MUNGKIN HASAD DENGKI ORANG YANG BERCERITA MEMUTAR BELITKAN CERITA SEBENAR. SAYA BERMINAT UNTUK BERJUMPA DEK KERANA PEMBENTANGAN SEBEGINI MAMPU MENGAIBKAN PIHAK YANG TAK BERSALAH. KALAU WAJAR, KITA KETEMU DGN MB SENDIRI UTK CERITA BENAR.

Anonymous said...

Betul saya setuju...

Anonymous said...

Saya difahamkan Tuan Pengarah dan MB berkawan baik... Logik ke kalau nak kata sampai macamni?? Saya kurang percaya melainkan ada bukti yg kukuh...

Anonymous said...

Sila rujuk Warta Kerajaan Jilid 37, No.24 bertarikh 25 November 1993 ... P.U (A) 395 Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993.
Bahagian II (Kelakuan)

4.(1) Sesaorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tak bebelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan.
(2) Sesaorang pegawai tidak boleh - (h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan yang lain.

Kawan pun nak dapatkan surat sokongan juga lah kalau cara seperti ini dibolehkan.
Dah lama merantau negeri orang ni.

Anonymous said...

GPK Ko sekolah mana ni haaaa ? Tak cerdik langsung. Dah diarah tukar tu, tukar je lah. Aku ni dah 11 tahun ngajar di pedalaman Jerantut. Lepas diarah tukar, takdelah pulok terlintas nak bantah.

Anonymous said...

Hebat GPK Ko ni. Sekoloh mana tu ?.... sampai ngadap DS Menteri Besar untuk dapat surat sokongan. Power tul.
Koi pun nok nagadap jugoklah ..... dah lama makan ikan patin Temerloh ni. Naik muok doh.

Anonymous said...

Kami sebahagian besar guru SK Kampung Belukar, Kuantan sememangnya amat mengharapkan agar GPK Ko Kurikulum yang engkar arahan tukar tu dikenakan tindakan tatatertib. Kami sendiri pun tak mahu beliau terus berada di sekolah kami. Kehadiran GPK KO yang baharu sudah cukup menyenangkan kami berbanding GPK Ko yang engkar dengan arahan itu. Tak besar manapun sumbangan GPK Ko yang lama ni kepada pihak sekolah kami. Gah dengan sijil-sijil penyertaan sahaja. Tugas hakiki mengajar selalu diabaikan.
Lebih menyakitkan hati kami ialah apabila Guru Besar besekongkol dengan beliau. Kepada JPNP dan KPM, tolonglah hantar Guru Besar yang tinggi komitmen dengan tugas dan tanggung jawab dan bukannya yang megah dengan 'skandal'. Kecemerlangan murid dan sekolah kami harus diutamakan.

Anonymous said...

Jgn putar belit fakta dan jgn sesuka hati petik nama cikgu-cikgu belukar

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]